Header Ads

Cubaan Rogol Dan Rompak Gagal Apabila Dua Penjenayah Akhirnya Koma Dibelasah Mangsa Ahli Karate Sabah


Kota Kinabalu - Seorang gadis karate Sabah nekad membelasah dua lelaki yang bersenjatakan pisau dalam cubaan merogol dan merompaknya tanpa menghiraukan nyawanya demi menyelamatkan diri.

Dalam kejadian pada 11.40 malam itu, mangsa, Alice Lien Hua, 20, telah memukul kedua penjenayah berkenaan kerana dipercayai cuba merogol dan merompaknya.

Ketika kejadian mangsa ingin pulang ke rumahnya dengan memandu seorang diri dari rumah saudaranya di Penampang, setelah sampai di Jalan Putatan yang berdekatan dengan Sungai Petagas, mangsa memberhentikan kenderaannya kerana merasakan ada seseorang yang sedang mengekorinya sebelum meneruskan perjalanannya.

Mangsa berhenti sebentar untuk memberikan laluan kepada dua individu berkenaan untuk meneruskan perjalanan. Tiba-tiba dua individu turut berhenti di hadapan keretanya dan mendekati mangsa lalu menyuruh mangsa membuka cermin tingkap kereta.

Menurut sumber, mangsa langsung tidak merasa takut dengan dua individu berkenaan walaupun mereka bersenjatakan pisau malah mangsa terus keluar dari keretanya dan bertanyakan apa yang mereka mahu darinya. Lalu salah seorang dari mereka meminta wang daripada mangsa dan mangsa menyatakan dia tiada wang.

Secara tiba-tiba lelaki itu terus menarik tangan mangsa menuju ke arah semak yang berdekatan, manakala seorang lagi terus masuk ke keretanya untuk mengambil beg tangan mangsa.

Ketika itulah terjadinya pergelutan antara mangsa dengan suspek pertama dan kedua yang menyebabkan dua individu itu koma di tempat kejadian.





Sejurus selepas kejadian beberapa orang awam dan kenderaan berhenti untuk bertanyakan keadaan mangsa. Mangsa menyatakan dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan didapati selamat.

Selepas kejadian itu berlaku, mangsa terus menghubungi seorang rakannya yang bertugas di Criminal Investigation Department di kawasan Inanam.

Difahamkan, mangsa langsung tidak merasa takut dengan kejadian itu dan mangsa juga dipercayai seorang yang mengamalkan seni mempertahankan diri karate.


Menurut sumber yang dipercayai, kedua suspek adalah penagih dadah dan melalui siasatan mereka adalah pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Kedua suspek yang dikatakan koma itu telah ditahan polis dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Manakala mangsa telah dibawa ke balai polis untuk membuat laporan polis serta diambil keterangan untuk siasatan lanjut. - Koleksi Viral

Sumber

No comments

Powered by Blogger.