Header Ads

Dihidangkan Ayam Mentah Dengan Darah Berbuih Wanita Ini Kembang Tekak Tidak Sanggup Makan


Cuba anda bayangkan anda termakan ayam goreng yang belum dimasak atau tidak digoreng sepenuhnya dan ada darah yang masih merah serta berbuih-buih keluar dari ayam itu, sanggupkah anda memakannya?

Beberapa gambar dan video berkaitan ayam yang digoreng dan dihidangkan secara mentah-mentah jadi tular di media sosial apabila seorang pengguna telah memuat naik gambar terbabit ke laman facebook Penang Kini dengan tujuan untuk membuat aduan.


Menurut sumber terbabit, ayam goreng tersebut dibeli dari sebuah restoran makanan segera di utara tanah air. Pada hari kejadian, beliau sangat lapar dan ingin memakan ayam di restoran berkenaan.

Malang baginya apabila menerima ayam goreng yang sedemikian iaitu belum digoreng dengan sempurna. Beliau pergi semula ke ke kaunter jualan untuk mendapatkan gantian ayam yang belum dimasak itu.


Lebih mengecewakan, pengguna terbabit mengatakan pekerja di situ mampu senyum sahaja dan menggantikan ayam yang sama tapi digoreng semula. Lebih mengejutkan apabila kelihatan darah ayam keluar serta berbuih-buih seperti yang paparkan di dalam video tersebut.

Sehubungan dengan itu, ada netizen berpendapat agar pengguna yang berhadapan dengan masalah ini membuat aduan ke pihak yang sewajarnya dengan segera supaya diambil tindakan dan membuat siasatan lanjut.



Ada diantara netizen juga berkongsi cerita yang hampir sama di laman sosial berkaitan dengan restoran segera terbabit. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.