Header Ads

Doktor Kerugian 5K Apabila Taktik Licik Penjenayah Geledah Kereta Dengan Gajet Elektronik Tanpa Tinggal Sebarang Kesan


Kajang - Sekumpulan penjenayah licik telah dikesan menggunakan gajet elektronik yang boleh membuka pintu setiap kenderaan tanpa perlu mengaktifkan sistem penggera keselamatan, lapor Harian Metro.

Dalam kes terbaru taktik licik penjenayah terbabit, seorang doktor mengalami kerugian lebih dari RM5K apabila beg milik doktor berkenaan yang disimpannya di dalam but kereta didapati hilang kerana dilarikan penjenayah semasa beliau berada di Dataran C180, Cheras Selatan, semalam.

Mengikut laporan, doktor berkenaan berusia 28 tahun telah menyimpan beg yang mengandungi dokumen, wang dan dua telefon pintar jenis Iphone 5 dan Iphone 4s sebelum pergi ke restoran berdekatan kira-kira jam 6.15 petang semalam.

Menurut sumber, doktor itu sangat terkejut setelah mendapati beg miliknya yang disimpan di dalam but kereta hilang setelah selesai menjamu selera.

Difahamkan, melalui penelitian rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang berdekatan dengan restoran berkenaan, mereka mendapati seorang lelaki telah membuka dan mengunci semula kereta mangsa dengan mudah menggunakan gajet seperti alat kawalan jauh.

Penjenayah terbabit beraksi seolah beliau adalah pemilik kereta tersebut, suspek mendekati kereta yang menjadi sasarannya lalu menekan alat kawalan jauh itu sebelum membuka pintu pemandu dan mengambil barangan melalui but kereta.

Menurut sumber lagi, taktik licik seperti penjenayah ini amat sukar dikesan memandangkan suspek mengunci semula kenderaan mangsa sebelum melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang kesan dan jejak.

Kes sebegini kerap berlaku di kawasan tersebut dan ada beberapa mangsa pernah mengadu mengalami kejadian yang sama serta penjenayah terbabit dikatakan sering berkeliaran di sekitar kawasan Serdang dan Kajang, jelasnya.

Ekoran kejadian malang itu, mangsa telah melaporkan ke balai polis Kajang untuk mendapatkan siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.