Header Ads

Doktor Klinik Biadap Jadi Viral, Kamu Tak Mampu Bayar, Kamu Miskin - Pesakit Terkejut Dituduh Seperti Itu

Pengalaman seorang wanita yang berdepan dengan situasi yang amat memalukan ramai doktor dan tidak sepatutnya berlaku kepadanya kerana kejadian ini pastinya akan mencemarkan imej doktor-doktor yang lain.

Wanita ini menceritakan pengalaman ini melalui facebook beliau, Lim Pik Wah dengan niat supaya kes seperti ini tidak akan berlaku lagi kepada orang lain.

Gambar Sekadar Hiasan


Kisah ini bermula apabila wanita ini tidak sihat untuk menjalankan tugas harian dan telah membuat keputusan untuk pergi ke klinik yang terkenal di Bandar Puncak Jalil bagi mendapatkan rawatan.

Setelah wanita ini yang dikenali sebagai Lim ini mendapatkan rawatan, doktor telah memaklumkan bahawa dia berkemungkinan menghidapi demam denggi berdasarkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan kepadanya.

Doktor terbabit menyatakan dia memerlukan sampel darah wanita tersebut untuk membuat pengesahan diagnosis dan wanita itu telah bersetuju untuk diambil darahnya.

Sebanyak tiga kali percubaan doktor tersebut untuk mengambil darah wanita berkenaan, namun gagal untuk mendapatkan urat bagi pengambilan darah.

Wanita itu menjadi keliru apabila doktor terbabit gagal mendapatkan sampel darahnya tetapi memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai denggi tetapi wanita itu perlu diberikan suntikan selsema, Lim akur dan bersetuju seperti yang diarahkan doktor tersebut.

Selepas menjalani proses rawatan di klinik itu, Lim diminta menunggu di luar dan kakitangan klinik terbabit memanggilnya untuk pemberian ubat. Biasa, kos rawatan perubatan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat dimana tempat Lim berkerja dengan dibekalkan kad insuran yang mana dia tidak perlu membuat sebarang bayaran.

Tetapi, menurut Lim, kakitangan klinik itu tidak menyedari akan kelebihan yang dimiliki oleh Lim dan meminta supaya Lim membayar kos perubatan sebanyak RM150.


Kakitangan klinik itu bertanyakan perkara itu kepada doktor tersebut. Doktor itu beranggapan Lim tidak mahu membuat pembayaran dan Lim pula beranggapan doktor itu sepatutnya memberitahu kepadanya sama ada caj rawatan itu perlu dibayar olehnya atau tidak memandangkan dia menggunakan kad insuran.

Doktor tersebut menerangkan bahawa suntikan vaksin atau vitamin tidak dilindungi insuran seperti yang Lim katakan. Lim pula langsung tidak tahu menahu bahawa suntikan selsema itu tadi adalah vaksin.

Doktor terbabit dengan sombong dan biadapnya berkata:

"Tak mengapa, saya tahu kamu memang tak mampu untuk membayarnya. Kamu miskin. Saya tahu. Tidak mengapa, kamu boleh keluar sekarang tanpa perlu buat bayaran. Saya akan maklumkan kepada syarikat kamu."

Wanita itu sangat terkejut dengan kata-kata doktor yang biadap itu dan dia berasa sangat marah tetapi dengan segera dia membuat pembayaran untuk caj rawatan tersebut.

Lim menyatakan bahawa dia sangat kecewa serta bimbang berkaitan dengan etika doktor berkenaan dan dia menyeru semua orang agar terus berhati-hati sekiranya pergi ke klinik terbabit untuk mendapatkan rawatan.

Lim juga menggesa orang ramai agar memastikan penjelasan daripada doktor itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan sebarang rawatan perubatan agar tidak lagi berlaku kes salah faham seperti yang dilaluinya. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.