Header Ads

Gadis Hampir Dirogol & Dirompak Belasah Penjenayah Hingga Koma Tampil Perjelaskan Cerita Sebenar


Kota Kinabalu, Sabah - Berikutan viral tentang seorang gadis yang nyaris dirogol dan dirompak oleh dua lelaki warga asing, Alice Lien Hua tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar, lapor laman The Reporter.

Melalui The Reporter, Alice memberitahu bagaimana kejadian itu berlaku dan dia terpaksa mempertahankan dirinya dari terus diperlakukan oleh kedua suspek berkenaan.

Baca juga: Cubaan Rogol Dan Rompak Gagal Apabila Dua Penjenayah Akhirnya Koma Dibelasah Mangsa Ahli Karate Sabah


Kronologi Kejadian


- 11.40 malam. Alice keluar dari rumah saudaranya. Dia diekori dua orang lelaki yang menunggang motosikak. Alice berhenti di bahu jalan berdekatan Sungai Petagas.

- Kedua lelaki itu turun dari motosikal dan mengetuk cermin kereta Alice. Mereka meminta wang dan Alice kurang senang dengan kehadiran mereka.

- Alice keluar dari kereta. Mereka terus mendesak Alice untuk menyerahkan apa saja yang Alice ada. Salah seorang suspek menarik Alice ke dalam semak dan mengacu pisau pemotong daging di leher Alice.

- Suspek memberi amaran akan mengelar leher Alice jika dia bertindak. Ketika itu rakan suspek masuk ke dalam kereta Alice. Ketika itu Alice terpaksa mempertahankan dirinya dengan membelasah keduanya menggunakan ilmu mempertahankan diri yang dipelajarinya.

- Mereka akhirnya tumbang di tangan Alice dan salah seorang dari mereka cuba melarikan diri tetapi Alice terus bertindak dengan menghentak kepala suspek di belakang kereta.

- Kedua mereka terus koma dan tidak sedarkan diri. Menurut Alice dia ingin saja menamatkan riwayat mereka kerana terlalu marah. Namun, Alice masih memikirkan undang-undang. Alice menghubungi rakanya yang bertugas (CiD).

- Rakan Alice tiba di lokasi kejadian dan kedua suspek terus dimasukkan ke ICU KPJ Luyang kerana tidak sedarkan diri.

- Kedua suspek juga merupakan warga asing iaitu bangsa Sulu yang akan diusir dari Malaysia kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

- Alice juga telah digari pada malam kejadian dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. - Koleksi Viral

Sumber

No comments

Powered by Blogger.