Header Ads

Gambar Sardin Mengandungi Sarung Tangan Di Dalam Tin Jadi Tular Menarik Perhatian Netizen


Tiga keping gambar yang menunjuk satu tin sardin yang berjenama Yummy mengandungi sarung tangan atau glove di dalamnya jadi tular bermula di aplikasi Whatsapp.

Gambar tersebut kini telah dimuat naik ke laman sosial facebook dan menjadi perbualan netizen apabila mereka melihat gambar terbabit.

Rata-rata netizen mempunyai pendapat mereka sendiri, antaranya menyatakan rasa tidak puas hati dengan makanan itu yang sering dibelinya, malah ada yang berpendapat mungkin gambar terbabit telah disunting semula untuk menimbulkan kontroversi serta mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan perniagaan itu.

Baca juga: Lelaki Terkejut Terbeli Laici Dalam Tin Seperti Dikitar Semula



Komen seorang netizen, adakah kamu semua yakin yang benda ini bukan fitnah? Benda seperti ini tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bahan lawak dan yang memuat naik gambar ini adakah mempunyai kesahihannya? Apa buktinya? Laporan polis? Aduan pengguna?

Sekarang ini kalau setakat gambar, semua orang boleh buat dan diedit semula. Apakah kebenaran perkongsian ini? Adakah anda mempunyai bukti kukuh? Zaman sekarang jangan terlalu sangat percaya sesuatu berita tanpa bukti dan kebenarannya, kelak memakan diri sendiri, jelas netizen berkenaan.

Menurut seorang netizen lagi, jangan belilah sardin ini, memang jelas bukti di depan mata, apa lagi nak dikatakan? Terang dan jelas semuanya, jika disunting, apakah tujuannya? Tak perlu lagi kita semua membeli sardin murah seperti ini, tanda halalnya sangat meragukan.

Netizen lain pula, adakah anda tahu apabila kita berhadapan dengan perkara seperti ini, kita boleh menghubungi pihak kilang yang mengeluarkan sardin ini secara terus. Alamat dan email juga dinyatakan, kita boleh menghubungi mereka, dicadangkan kepada mereka yang terbabit dengan perkara sebegini, diminta berhubung dengan syarikat pengeluar sardin tersebut.

Sekiranya telah menghubungi mereka dan tiada respon daripada syarikat terbabit, anda perlu membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna, jelas netizen itu.

Sehingga kini masih tiada pihak berkuasa membuat pengumuman berkaitan dengan kes ini. Semoga ada jalan penyelesaian dan siasatan yang akan dilakukan berkaitan dengan kes yang tidak sepatutnya berlaku ini. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.