Header Ads

Geli Coklat Mengandungi Ulat, Nasib Baik Anak Bagitahu Dan Belum Makan Lagi


Kuching, Sarawak - Seorang wanita telah memuat naik satu gambar dan video berkaitan dengan coklat yang telah dibelinya di sebuah pasar raya di bandar ini pada 24 Mac lalu mempunyai ulat.

Melalui akaun Facebook milik wanita terbabit, Dyg ImaFaleena, dia menulis dan berkongsi berita ini kepada orang ramai dengan niat untuk dijadikan peringatan agar tidak mengalami perkara yang sama di masa akan datang.

Menurut wanita itu, dia membeli coklat tersebut di pasar raya untuk anaknya. Anaknya memberitahu coklat itu mempunyai ulat. Memang benar coklat itu mengandungi ulat.

Wanita itu berpesan kepada semua, agar memeriksa terlebih dahulu dengan berhati-hati ketika membeli coklat untuk diberikan kepada anak-anak. Dia juga menyatakan sangat geli dengan ulat yang terdapat di dalam coklat yang menjadi kegemaran kanak-kanak ini.

Posted by Dyg ImaFaleena on Thursday, 24 March 2017

No comments

Powered by Blogger.