Header Ads

Hafiz Saman Gedung Pakaian Kikis Namanya Jadi Afiz Amidun Setelah Notis Dikeluarkan


Kuala Lumpur - Kemelut antara Hafiz Hamidun dan gedung terkenal itu masih lagi tiada berpenghujung dan penyanyi nasyid berkenaan dikhabarkan bercadang akan mengambil tindakan undang-undang kerana namanya digunakan untuk melariskan produk mereka.

Terdahulu, Hafiz Hamidun, 33, dipercayai telah pun menghantar notis melalui peguamnya kepada gedung pakaian tersebut, namun setelah 14 hari berlalu masih tiada jawapan dari mereka.

Menurut Hafiz, pihak gedung berkenaan telah mengikis huruf H yang tertera nama Hafiz Hamidun di atas kain yang dijual di gedung terbabit. Cetakan tersebut menjadi Afiz Amidun dan bagi Hafiz, mereka seperti mempermainkannya setelah notis itu dihantar kepada gedung pakain berkenaan.






Hafiz juga memberitahu dia tidak marah akan kejadian ini namu sangat kesal kerana mereka menggunakan nama Hafiz untuk mendapatkan keuntungan tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya dilakukan.

Menurut Hafiz lagi, pada mulanya dia langsung tidak tahu menahu tentang perkara ini sebelum peminatnya menyampaikan berita ini. Sambutan produk berkenaan amat mengalakkan kerana menggunakan nama Hafiz.

Hafiz juga memuat naik satu status di Twitter dengan harapan pemiant dan netizen akan faham kenapa dia ingin menyaman gedung pakaian terbabit. Hafiz bukannya mementingkan diri sendiri tetapi ianya berkaitan dengan jenama dan perniagaannya. - Koleksi Viral

Sumber: Harian Metro, Twitter Hafiz Hamidun

No comments

Powered by Blogger.