Header Ads

Hajat Gadis Temuduga Kerja Tidak Kesampaian Apabila Dicabul Bakal Majikan


Kuala Terengganu - Seorang gadis melalui detik hitam dalam hidupnya ketika sesi temuduga apabila dicabul oleh seorang lelaki yang dipercayai bakal majikannya iaitu pemilik kedai gambar di Gong Badak, Kuala Nerus, kelmarin.

Memetik laporan Sinar Harian, gadis terbabit dikatakan dicabul ketika ingin mengisi jawatan kosong sebagai jurugambar yang dicari oleh kedai tersebut. Suspek dengan sengaja mengambil kesempatan di dalam sebuah bilik yang dipercayai studio rakaman gambar.

Difahamkan, mangsa diminta memasuki ke bilik itu dengan alasan kononnya untuk menguji kepakaran mangsa di dalam bidang fotografi. Mangsa diarahkan suspek merakam gambar menggunakan kamera yang telah disediakan. Ketika itu mangsa telah dicabul dan hanya mereka berdua sahaja berada di dalam bilik berkenaan.

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu telah menjatuhkan hukuman tiga tahun empat bulan penjara terhadap suspek, Hatif Kazimi Ngah, 30, dari Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal, Kuala Nerus, kerana didapati bersalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan, tertuduh didakwa kerana mencabul kehormatan gadis terbabit, Norzila Aziz, 23, di dalam kedai miliknya di Gong Badak, Kuala Nerus, pada jam kira-kira 2.30 petang, 1 Januari 2016 lalu.

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.