Header Ads

Ibu Kejam Menikam Bayinya Yang Berusia 8 Bulan Dengan Pisau Tertusuk Di Perut


Abakaliki, Nigeria - Seorang wanita yang dipercayai mengalami masalah mental sanggup menikam anaknya seorang bayi yang dikatakan berusia 8 bulan, menggunakan pisau, lapor akhbar The Sun.

Kejadian yang menyayat hati itu telah berlaku pada pertengahan Mac lalu dan mangsa ditikam tepat di atas perut bayi terbabit sebelum dihantarkan ke hospital.

Wanita terbabit dipercayai isteri kepada seorang pegawai polis yang berpangkat sarjan. Suspek juga dikatakan mempunyai masalah mental dan dibawa ke hospital psikiatri untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Melalui siasatan yang dilaksanakan, wanita itu dipercaya mengalami masalah gangguan pemikiran sehingga tergamak menikam perut bayinya yang masih tidak tahu apa-apa itu.

Difahamkan suspek menikam pisau yang didapati dari dapur rumah mereka lalu menikam mangsa serta membiarkan pisau yang tertusuk perut bayinya itu.

Salah seorang jiran suspek yang menyaksikan kejadian yang menakutkan itu telah menjerit sekuat hati yang menyebabkan beberapa jirannya yang lain menyedari akan hal tersebut.

Menurut sumber iaitu saksi kejadian dan pekerja di hospital terbabit yang tidak mahu mendedahkan identitinya mengatakan, bayi malang itu telah kehilangan banyak darah dan telah dibawa ke wad kecemasan bersama pisau yang masih tertusuk di perut mangsa.

Melalui perkongsian seorang lelaki di facebook, Omeri Francis Nwachi, berkata, bayi ini telah ditikam oleh seorang wanita, pada masa ini bayi ini masih hidup dan sedang bersedia untuk prosedur pembedahan. Semoga bayi yang tidak berdosa ini selamat.

Dr Emeka Orga, Ketua Pengarah Perubatan, telah mengesahkan bahawa bayi terbabit telah selamat dalam pembedahan yang dilakukan, walau bagaimanapun, beliau memberitahu sangat terkejut dengan kejadian malang ini.

Terkini, pihak polis juga sedang melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian ini dan turut mengesahkan isteri kepada seorang pegawai polis ini mengalami gangguan mental. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.