Header Ads

Ikon Fesyen Warga Emas Jepun 37 Tahun Berkahwin & Berpakaian Sedondon Jadi Tular


Tokyo - Ikon fesyen biasanya digayakan oleh model yang cantik dan kacak yang muda remaja.

Tetapi, satu pasangan warga emas dari Jepun yang kini sedang viral di laman sosial Instagram telah membuktikan bahawa warga emas juga boleh digayakan oleh orang yang berumur seperti mereka.

Pasangan berkenaan yang menggunakan akaun instagram di bawah nama Bonpon511 itu, telah menarik perhatian netizen dengan cara mereka berfesyen setiap hari.

A post shared by bon_pon (@bonpon511) on
Pasangan itu telah memuat naik gambar mereka berfesyen di laman itu hampir setiap hari dan mereka juga dikatakan telah berpakaian sedondon sejak mula berkahwin dan kini usia perkahwinan mereka 37 tahun.

Pasangan unik ini dikenali sebagai Bon dan Pon yang kini berusia lebih 60 tahun, sangat gemar berpakaian sama setiap hari apabila mereka keluar bersama.

Cara mereka berpakaian telah menarik perhatian netizen yang rata-rata menyatakan kekaguman terhadap cara mereka berfesyen.

Sehingga kini Bon dan Pon telah mempunyai pengikut seramai 124,000 orang ketika artikel ini ditulis dan dipercayai akan lebih ramai lagi memandangkan kisah mereka sedang tular di seluruh media sosial dalam dan luar negara. - Koleksi Viral

A post shared by bon_pon (@bonpon511) on
A post shared by bon_pon (@bonpon511) on
A post shared by bon_pon (@bonpon511) on
A post shared by bon_pon (@bonpon511) on

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.