Header Ads

Impian Hazama Untuk Memiliki Anak Berkecai Apabila Kandungan Genervie Disahkan Di Luar Rahim


Kuala Lumpur - Impian Hazama dan isterinya, Genervie Kam berkecai setelah hajat mereka untuk menimang cahaya pertama tidak menjadi kenyataan apabila isterinya dikatakan telah mengandung di luar rahim dan terpaksa menjalani pembedahan.

Memetik laporan Harian Metro, Genervie. 37, telah dibawa ke pusat perubatan di Subang Jaya untuk mendapatkan rawatan petang semalam setelah disahkan haid tidak normal selama dua minggu, kata penyanyi Hazama yang berusia 33 tahun itu.

Kami sangat gembira apabila doktor mengatakan Genervie telah mengandung. Tetapi, setelah doktor membuat pemeriksaan serta mengesahkan isteri mengandung di luar rahim dan mengalami pendarahan dalaman, kami redha.

Menurut kata doktor, isterinya perlu menjalani pembedahan dengan segera dan Hazama bernasib baik kerana pantas bertindak dengan membawa isterinya ke hospital. Sekiranya terlambat, berkemungkinan akan membawa maut.


Hazama melahirkan rasa syukur apabila proses pembedahan itu selamat dan dalam tempoh dua hari lagi isterinya akan dibenarkan keluar dari wad tersebut. Isterinya juga akan berehat selama dua minggu sebelum kembali bertugas seperti biasa.

Menurut Hazama lagi, sekalipun dia bersedih dengan kejadian ini tetapi dia redha di atas apa yang berlaku dan menganggap semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya kerana dia dan isterinya belum bersedia untuk mempunyai anak kerana amat sibuk dengan kerjaya.


Hazama juga turut berkongsi berita sedih ini bersama peminatnya di laman instagram dan memberitahu perancangan untuk memilik anak pada tahun depan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.