Header Ads

Inilah Yang Dikatakan Kawan Makan Kawan, Saya Disalahkan Sebab Awak, Kenapa Pija?


Oleh: Fazzy Suili

Assalamualaikum. Saya tidak berniat untuk viralkan semua benda. Tapi perkara ini sudah terlalu melampau. Saya anggap dia sebagai kawan baik, saya tolong carikan dia kerja sebab saya kasihankan dia kerana mempunyai enam orang anak dalam tanggungan.

Saya berniat untuk menolong dia mendapatkan kerja. Dengan mudahnya dia mendapat kerja sebagai juruwang di tempat saya berkerja dan secara kebetulan juruwang baru sahaja berhenti.

Tetapi apa yang dia balas? Dia songlap duit kedai hampir satu ribu ringgit. Satu ribu, bukan seringgit dua. Dengan yakinnya hanya dalam masa tiga hari saja berkerja dia telah memilik RM1000.

Pulangkan Duit RM1000 Itu

Kenapa? Kenapa Pija? Sekarang saya disalahkan sebab memperkenalkan awak masuk berkerja di sini. Sekarang lihat, apa yang awak sudah buat.

Sekarang awak tukar nombor, block saya di facebook apa semua. Baik, larilah selagi boleh. Tapi ingat, nama awak sudah ada di balai polis Penampang. Selagi awak tidak muncul dan bayar ganti rugi, selagi itulah kes ini tidak akan ditarik balik dan awak tidak dapat membuat kad pengenalan baru.



Saya malu, betul-betul malu. Awak kawan saya, tapi ini yang awak buat. Tidak mengapalah. Allah nampak, kebenaran itu sentiasa ada. Jadi, tolong viralkan dia.

Saya minta maaf, saya terpaksa buat begini. Salah tetap salah walaupun awak kawan saya pun.

Satu saja yang kami minta, bayarlah secepat mungkin atau gaji kami yang dipotong. Penat-penat kami semua berkerja. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.