Header Ads

Jika Suami Ingin Berkahwin Lebih Dari Satu Dia Tidak Memerlukan Tandatangan Dari Isteri Pertama


Apabila seseorang lelaki yang ingin berkahwin lebih daripada satu pasti ada yang beranggapan lelaki berkenaan harus meminta kebenaran dan memerlukan tandatangan isteri pertamanya.

Tanggapan itu adalah salah sama sekali, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam telah diselaraskan di semua negeri di Malaysia sejak tahun 2003 di mana jika lelaki itu ingin berkahwin dua dia langsung tidak memerlukan tandatangan isteri pertamanya.

Walau bagaimanapun, si suami harus dan perlu membuat permohonan melalui Mahkamah Tinggi Syariah yang ada di setiap negeri masing-masing.

Poligami


Keputusan sama ada permohonan itu layak atau tidak untuk berpoligami hanya terletak di atas budi bicara hakim yang akan menentukannya apabila hakim telah mendengar keterangan atau bantahan (jika ada) dari semua pihak tidak terkecuali isteri pertama yang akan dipanggil ketika menghadiri perbincangan tersebut.

Beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) kepada setiap suami yang membuat permohonan untuk berkahwin lebih daripada satu.

Menurut laporan dari Utusan Online, penetapan Seksyen 23, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (AUUKIWP) menyatakan tiada lelaki yang dibenarkan berkahwin lebih daripada satu kecuali mempunyai kebenaran bertulis dari mahkamah, membuat kontrak perkahwinan lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan dibawah akta berkenaan, ujar Ketua Pendaftar JKSM, Mohamad Shakir Abdul Hamid.

“Dengan syarat, mahkamah boleh ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut hukum syarak dan didaftarkan tertakluk kepada Seksyen 123.

“Dalam Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Wilayah Persekutuan iaitu seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau luar Wilayah Persekutuan dan seorang lelaki yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Malah katanya, permohonan untuk kebenaran berkahwin hendaklah dikemukakan kepada mahkamah mengikut cara ditetapkan dan disertai surat akuan menyatakan alasan mengapa perkahwinan dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu termasuk pendapatan pemohon pada masa itu.

Setiap permohonan perlu disertakan butiran kewajipan tanggungan kewangan dan butiran komitmen yang perlu dinyatakan, bilangan tanggungan terhadap isteri pertama dan juga bilangan tanggungan kepada bakal isteri kedua yang akan ditanggungnya nanti.

Setelah permohonan berkenaan diterima, mahkamah akan memanggil pemohon dan isterinya atau isteri-isterinya yang sedia ada untuk hadir apabila permohonan tersebut didengar dan akan dilakukan di dalam mahkamah secara tertutup.

Permohonan Kebenaran Berpoligami bagi anggota tentera dan polis turut dinyatakan mengikut arahan Amalan Mahkamah Syariah No.2 2007.

Sebelum apa-apa perintah yang akan diputuskan, hakim yang mendengar permohonan kebenaran berpoligami yang difailkan oleh anggota polis dan tentera hendaklah memastikan bahawa surat kebenaran daripada Pegawai Pemerintah atau Ketua Polis Negara disertakan. - Koleksi Viral

Sumber

No comments

Powered by Blogger.