Header Ads

KAJIAN - Kenali Empat Simptom Tanda-Tanda Seorang Suami Curang


Setiap sesuatu hubungan dan perkahwinan pasti akan ada masalah yang datang yang akan menjadi pertengkaran dan pergaduhan antara pasangan suami isteri.

Terkadang suami yang amat baik, isteri pula yang panas baran dan begitulah sebaliknya dalam kehidupan rumah tangga, dulu, kini dan sekarang.

Pada zaman teknologi canggih ini bermacam hal yang berlaku membabitkan pasangan suami isteri sehinggakan berlakunya penceraian walaupun sudah berpuluh tahun hidup bersama berumah tangga.

Biasanya, suami yang sering berlaku curang memandangkan mereka boleh berkahwin lebih daripada satu mengikut kemampuan. Ada juga yang tidak berkemampuan tetapi terjebak secara tidak sengaja mungkin kerana media sosial mereka mengambil kesempatan untuk berlaku curang.

Mengikut kajian Kaunselor, Dr Syed Yusainee Yahya, penyebab utama lelaki berlaku curang adalah kerana ketidakpuasan emosi. Terdapat 48 peratus kes curang telah berlaku akibat ketidakpuasan emosi terhadap pasangan masing-masing sebelum dan selepas berkahwin.

Antara contoh terdekat seperti dipaksa kahwin dan mempunyai isteri yang berjawatan tinggi daripada suami, juga adalah antara punca utama berlakunya kes curang ini.

Setiap sesuatu masalah mempunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri, begitu juga dengan kes suami yang berlaku curang. Mungkin isteri perlu beri perhatian yang lebih kepada suami atau mengesan tanda-tanda suami curang sebelum kes ini berlaku dengan lebih teruk lagi.


Kenali Simptom Tanda-Tanda Suami Curang


1. Media Sosial


Media sosial antara punca utama masalah ini berlaku iaitu melalui telefon pintar. Jika sebelum ini suami tidak pernah atau jarang mengunci alatan berkenaan tetapi dengan tiba-tiba dia sudah mula membawanya ke mana saja dia pergi dan menguncinya, pasti ada sesuatu yang pelik di situ.

2. Kerja


Suami selalu mengatakan dia perlu kerja lebih masa atau 'overtime' di tempat kerja dan kerap balik lewat sehingga jauh malam tetapi kadar gaji bulanannya masih sama tiada kenaikan gaji, apabila tiba hujung minggu sering mengadu tiada duit belanja.

3. Keluar Malam


Apabila suami sering keluar malam dan mengatakan dia hanya keluar untuk bermain futsal atau lepak dengan kawan-kawan tetapi berpakaian kemas dan segak serta berbau wangi malah tidak berpeluh langsung ketika balik ke rumah. Sila berhati-hati dengan tindakan suami seperti ini.

4. Perbelanjaan


Simptom yang paling ketara adalah apabila si suami sudah mula menggunakan kad kredit tanpa pengetahuan isteri. Apabila sampai bil bulanan kad kredit dengan jumlah yang banyak sedangkan isteri tidak pernah tahu dan tidak dibelikan apa-apa kepada isteri. Ini menunjukkan kes tersebut sudah berada di tahap yang amat serius dan perlu diberi perhatian supaya tidak berlanjutan.

Suami umpama raja, isteri perlu bijak menangani masalah ini yang akan bermula dari rumah. Suami memerlukan perhatian yang sebaik mungkin agar dapat menghalangnya daripada terus mencari yang lain.

Bagaimanapun, dalam sesebuah rumah tangga yang teramat penting adalah kepercayaan antara satu sama lain dan juga komunikasi antara kedua-duanya, jika semua itu tiada maka rumah tangga porak peranda dan amat susah untuk suami isteri itu bahagia. - Koleksi Viral

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.