Header Ads

KAJIAN - Wanita Malaysia Diumumkan Yang Paling Ketagih Whatsapp & Facebook?


Singapura - Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan pada hari ini di seluruh dunia 'YouGov's BrandIndex' telah membuat tinjauan menjejaki persepsi jenama harian di kalangan wanita dan telah diumumkan semalam, lapor Harian Metro.

Hasil tinjauan berkenaan mendapati wanita Malaysia mendominasi jenama internet dalam senarai 10 jenama utama iaitu, Whatsapp, Google dan Facebook, berbeza dengan wanita dari negara rantau Asia Pasifik yang lain kerana lebih menguasai jenama peruncitan insdustri fesyen.

Indeks Penilaian Persepsi Wanita di Malaysia menduduki carta paling teratas dan telah mengatasi jenama besar seperti Toyota dan iPhone yang menduduki tangga keempat dan kelima.

Lima jenama lain yang turut tersenarai dalam tinjauan ini ialah Lazada (platform beli-belah dalam talian), Honda (automotif), Rexona (penjagaan diri), Youtube (platform media sosial) serta Dettol (penjagaan diri).

Seperti dilaporkan, YouGov adalah satu firma penyelidikan pemasaran antarabangsa yang berasaskan internet dan berpejabat di United Kingdom dengan beberapa cabang operasinya di Eropah, Amerika Utara, Asia Barat dan Asia Pasifik.

Kedudukan senarai itu berdasarkan perkiraan markah atau Penilaian Persepsi bagi setiap jenama di kalangan responden wanita selama 12 bulan sehingga Januari 2017.

Perkiraan itu berdasarkan soalan "Adakah anda mempunyai sebarang tanggapan negatif atau positif mengenai jenama?" dan disaringkan agar membabitkan di kalangan wanita sahaja yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Pemarkahan antara 100 sehingga -100 itu dikumpul dengan mengenepikan maklum balas negatif daripada positif dan markah sifar menandakan persamaan maklum balas positif dan negatif.

Difahamkan, setiap hari YouGov BrandIndex menemubual ribuan pengguna dengan lebih enam juta temu bual setahun. Manakala, responden pula telah dipilih melalui panel dalam talian yang membabitkan lima juta pengguna di 32 negara.

Di Malaysia sahaja misalnya, YouGov BrandIndex meliputi 250 jenama yang dikendalikan.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.