Header Ads

Kakitangan Kerajaan Dan Swasta - Suami Diberi Cuti Sebulan Dengan Gaji Penuh Sekiranya Isteri Bersalin


KUALA LUMPUR - Cadangan meminta kerajaan mewujudkan cuti bersalin kepada bapa atau suami dalam jangka masa sebulan berserta bayaran gaji penuh kepada kakitangan kerajaan dan swasta dicadangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), lapor Sinar Harian.

Menurut Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon, peruntukkan cuti sedia ada untuk pekerja pada masa sekarang masih lagi tidak mencukupi.

Menerusi laporan Astro Awani, pada masa sekarang, cuti bersalin yang diberikan kepada bapa atau suami adalah tujuh hari kakitangan kerajaan dan cuti ihsan pula bagi kakitangan swasta berdasarkan budi bicara majikan masing-masing.

Wujudnya cadangan ini berikutan beberapa kes sebelum ini yang telah melibatkan pospartum psikosis atau meroyan yang dihadapi oleh ibu-ibu selepas mereka melahirkan anak.

Demi untuk mengatasi permasalahan perubahan emosi semua ibu selepas melahirkan anak, suami wajib diberikan cuti panjang untuk menjaga isteri dan anak mereka dengan lebih baik.


Setiausaha Agung MUTC itu berkata, “Saya fikir sudah tiba masanya untuk kita teliti paternity leave kerana apa yang kita lihat masa sekarang untuk perkhidmatan awam mereka dapat tujuh hari, kadang-kadang ada negeri dua minggu dan di swasta kalau keutamaan dia bagi lima hari atau kurang, dan ada kebanyakan syarikat swasta tidak beri peluang bapa berada di sisi semasa anak dilahirkan,"

“Kita tidak mahu kejadian seperti yang menimpa golongan ibu selepas bersalin baru-baru ini yang bertindak membunuh bayinya kerana dipercayai akibat Pospartum Psikosis. Janganlah kita biarkan lebih ramai yang meninggal baharu kita hendak bertindak sesuatu,” katanya lagi.

"Buat masa sekarang, tidak ada peruntukan dalam mana-mana akta yang memasukkan cuti bersalin bergaji untuk bapa atau suami. Malahan, Akta Kerja 1955 juga tidak menyentuh mengenai paternity leave itu.

J. Solomon juga menegaskan, kerajaan perlu mewujudkan satu undang-undang berkaitan demi pembangunan institusi sesebuah keluarga untuk memastikan cuti bersalin kepada suami atau bapa dengan bayaran gaji penuh dikuatkuasakan dalam akta tersebut.

- Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.