Header Ads

Kerana Cinta Sejati, Lelaki Ini Ikhlas Mengahwini Wanita Yang Tidak Mempunyai Hidung


Kerana cinta sejati yang tulus suci lahir dari hati yang ikhlas, seorang pemuda yang berusia 23 tahun telah membuktikan yang cinta itu buta, tidak kenal siapa dan bukannya paras rupa jadi ukuran.

Lelaki yang dikenali sebagai Xu Qinqin itu telah pun selamat mengahwini seorang wanita, Lin Zhouqiang, 21, yang tidak mempunyai hidung seperti orang lain akibat digigit tikus sewaktu berusia 29 hari, lapor Daily Mail.

Menurut Lin, dia pernah berkahwin ketika berusia 18 tahun, walau bagaimanapun perkahwinan itu tidak menjanjikan kebahagiaan dan tidak kekal lama kerana dia telah diceraikan setelah dua tahun berkahwin.



Lin berkata, dia sering bergaduh dengan bekas suaminya itu, malah ahli keluarga mereka mengatakan wajah Lin sangat menakutkan kerana tidak mempunyai hidung dan dia telah dihalau oleh keluarga bekas suaminya.

Akibat peristiwa pahit yang berlaku padanya, Lin akhirnya sentiasa memencilkan diri disebabkan kekurangan yang ada pada dirinya.

Namun, Lin merasa gembira dan bahagia apabila mengenali Xu yang kebetulan tinggal di kampung yang sama. Bagi Xu pula, dia tidak memandang paras rupa Lin malah amat menyintai Lin sepenuh hati.




Mungkin semua ini adalah takdir yang menentukan hubungan Xu dan Lin. Semenjak Xu mengenali Lin, Xu amat memahami kesukaran yang dilalui oleh Lin dengan kecacatannya itu untuk meneruskan kehidupan. Lantas Xu mengambil keputusan untuk mengahwini Lin dengan penuh keikhlasan.

Xu juga merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya. Keputusannya untuk mengahwini Lin insan istimewa itu amat mengejutkan pihak keluarganya, tetapi Xu menyatakan dia telah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kecaman dan masalah yang akan datang.

No comments

Powered by Blogger.