Header Ads

Keunikan Sirih Berapi Jadi Tular Menyegar Pernafasan Dan Mengubati Berbagai Penyakit


New Delhi - Amalan memakan sirih amat sinonim dengan masyarakat India, malah ia telah lama diamalkan dan terbaru berbagai jenis sirih kini di jual di seluruh negara itu dengan berbagai rasa.

Disebabkan persaingan dalam perniagaan sirih begitu sengit, para peniaga sentiasa mencari idea dan resepi terbaru bagi menarik perhatian pelanggan. Terkini yang sedang tular dan menjadi bualan orang ramai di sana ialah sirih bakar yang kini menjadi fenomena dan menjadi buruan peminatnya.

Terdapat banyak gerai yang menjual sirih di sana, hampir di setiap sudut jalan raya di India menjual sirih yang biasanya mengandungi beberapa campuran herba, kekacang, buah kering dan manisan yang dibungkus bersama di dalam daun sirih.

Pakar perubatan tradisional telah menjelaskan bahawa dengan memakan sirih juga boleh mengubati batuk, selesema, pening kepala dan berbagai lagi penyakit. Disamping itu sirih juga dikatakan mampu membuatkan pernafasan si pemakan menjadi segar.

Memetik laporan Barcroft TV, sirih bakar secara asasnya sama seperti sirih biasa. Perbezaanya hanya membakar sirih tersebut sebelum dimakan.






Pemilik gerai sirih di Delhi, Pradhuman Shukla yang telah berniaga sirih semenjak 20 tahun lalu berkata, dia telah berjaya meningkatkan pendapatan dengan perniagaannya ke tahap yang baru setelah menjual sirih bakar terbabit.

Menurut peniaga yang berusia 31 tahun itu, semuanya bermula sejak setahun lalu apabila seorang daripada bekas pekerjanya memberikan idea dengan membakar sirih yang bertujuan untuk menarik perhatian yang lebih dari orang ramai, selepas diperkenalkan sirih bakar, ia menjadi popular sehingga sekarang.

Bagi pelanggan yang pertama kali melihatnya pasti akan merasa takut, namun setelah mencubanya, mereka pasti akan datang lagi.

Kami menyedari sirih bakar memberhaya kerana menggunakan api tetapi orang ramai amat menyukainya. Ia tidak mempunyai sebarang kesan sampingan dan tidak akan menyebabkan kecederaan.

Sirih bakar sama seperti sirih biasa saja, saya bermula dengan menjual satu sahaja tetapi sekarang kira-kira 100 sirih bakar terjual setiap hari, ujar pemilik gerai sirih terbabit.

Sumber: Barcroft TV, Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.