Header Ads

Kreativiti Lelaki Malaysia Ini Tukarkan Padang Pasir Tandus Menjadi Ladang Gandum Yang Sangat Subur Di Sudan Jadi Viral


Tiada siapa yang menyangka seorang anak Malaysia kelahiran Kelantan berjaya menjadi perancang utama yang telah menukarkan satu kawasan padang pasir yang tandus kini telah menjadi ladang gandum yang sangat subur dan berjaya.

Individu yang dimaksudkan adalah Tuan Haji Zuraimi Isa yang telah menjalankan projek wakaf Al Rajhi Group di sebuah negara nan jauh iaitu di Sudan.

Kreativiti dan hasil kerja seorang jurutera tempatan yang sangat mahir ini telah membina sistem pengairan dan perparitan dengan jayanya dan menjadikan padang pasir yang dahulunya kering kontang, kini menjadi satu ladang gandum yang amat subur dengan kehijauan.

Ikut perkongsian yang mungkin akan membuka mata banyak pihak ini terhadap Tuan Haji Zuraimi Isa daripada Puan Masnira Ramli.

Oleh: Puan Masnira Ramli

PROJEK WAKAF AL RAJHI GROUP DI SUDAN. KENDALIAN JURUTERA MALAYSIA.



"Dari padang pasir yang tandus bertukar ke ladang gandum yang subur!"



Siapa sangka projek WAKAF yang bakal menyumbangkan 80% hasil keuntungannya kepada negara-negara miskin di seluruh dunia ini mempercayai seorang jurutera Malaysia Tuan Hj Zuraimi Isa sebagai Head Of Deparment- Water Management Service yang terlibat dalam pembinaan pump house, irrigation pump, canal construction dan pivots.

Beliau ternyata sangat hebat mashaALLAh di dalam bidangnya 'mechanical engineering' apabila kepakarannya sudah di percayai oleh 7 buah negara sepanjang 19 tahun beliau bertugas. Namun projek ini lebih memberikan kepuasan lahiriah dan juga rohani apabila khabarnya ia merupakan projek wakaf, kepuasannya berbeza daripada projek mega lain yang pernah beliau terlibat.

Apa yang berjaya membuatkan saya terlalu kagum adalah projek ini berjaya menukar sebuah padang pasir yang tandus di negara panas Sudan menjadi sebuah ladang gandum yang sangat subur dengan kepakaran teknologi kejuruteraan yang digunakan. Hebat mashaALLAH!





Bercerita tentang cabaran. Menurut beliau cabaran terbesar yang terpaksa di lalui adalah dalam mendapatkan alat ganti. Kebanyakkan projek wakaf ini berada di pedalaman padang pasir. Jarak terdekat dengan bandar utama adalah 400km. Jadi beliau banyak melakukan modifikasi untuk menyiapkan sesuatu projek berdasarkan apa materials yang terdapat di project site.

Semoga projek ini akan terus berkembang dan melibatkan banyak negara lain khususnya kepada negara-negara miskin di benua Africa. amin.

p/s- Jurutera hebat. Anak kelahiran negeri Kelantan, Tuan Haji Zuraimi Isa ini keluaran universiti tempatan tau. Universiti Teknologi MARA - Media FB Rasmi. Syabas tuan. Semoga terus memberikan insprasi kepada anak-anak muda yang meminati bidang mechanical engineering.

-Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.