Header Ads

Kualiti Sperma Kini Boleh Diuji Menggunakan Peranti Telefon Pintar


Satu peranti telefon pintar yang baru telah direka khas untuk menguji dan menganalisis kualiti sperma bagi mengetahui tahap kesuburan seseorang, lapor Malay Mail Online.

Penyelidik dari Amerika Syarikat berkata, para lelaki dapat mengetahui sama ada mereka berdepan dengan masalah kemandulan atau tidak hanya dalam jangka masa beberapa minit sahaja dengan menggunakan peranti terbabit.

Melalui kajian yang telah dilakukan, masalah kemandulan telah menjejaskan lebih daripada 45 juta pasangan di seluruh dunia, manakala 40 peratus daripada mereka menghadapi masalah kesuburan dengan sperma yang berkualiti rendah.

Teknologi yang digambarkan dalam The Journal Science Translational Medicine itu bertujuan untuk membuatkan ianya menjadi lebih mudah dan lebih murah bagi golongan lelaki untuk menguji sperma mereka dari rumah.

Sebelum ini semua lelaki yang perlu menyediakan sampel air mani di hospital terpaksa memasuki bilik-bilik yang disediakan, keadaan ini akan menambahkan tekanan kepada mereka, terasa malu dan mungkin kecewa, jelas penyelidik.

Walau bagaimanapun, peranti tersebut belum lagi bersedia untuk didedahkan kepada orang ramai dan ianya masih lagi dalam peringkat prototaip.

No comments

Powered by Blogger.