Header Ads

Lelaki Bantu Golongan Susah Dengan 'Berkubur' Selama Tiga Hari Di Dalam Kubur


DUBLIN, IRELAND - Seorang lelaki yang juga bekas penagih dadah sanggup ditanam hidup-hidup hanya semata-mata ingin menolong golongan susah dengan caranya yang tersendiri.

Lelaki dari Ireland ini berada di dalam kubur selama tiga hari bersama keranda yang telah dilengkapi dengan capaian wifi dan elektrik itu dikenali sebagai John Edward yang berusia 60-an.

Difahamkan, tindakannya itu adalah merupakan salah satu bahagian kempen Walking Free iaitu usaha untuk membantu berbagai golongan seperti penagih dadah, penagih alkohol dan juga golongan yang ingin membunuh diri, malah untuk mereka yang menghadapi permasalahan makanan untuk memulakan kehidupan baru.

Isterinya sendiri iaitu Trish juga menyaksikan ketika upacara berkenaan dilaksanakan terhadap Edward pada hari Rabu di sebuah gereja di Dublin.

Edward berkata, sebagai seorang bekas penagih dadah dan kaki mabuk, dia sendiri sedar tentang bagaimana sukarnya untuk mengatasi masalah dan tabiat buruk tersebut. Dia juga mengharapkan segala usahanya itu mampu memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk membantu golongan berkenaan supaya mereka mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan teratur.




Menurut Edward lagi, selama dia menjadi seorang penagih dadah, dia telah menghidap kanser sebanyak dua kali dan pernah menjalan pembedahan pemindahan hati serta beberapa kali cubaan untuk membunuh diri.

Dia berjaya mengatasi masalah ketagihan itu semenjak 23 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1994, pada waktu yang sama dia juga telah menubuhkan kempen kebajikan ini, katanya kepada MailOnline.

Apabila ditanya kenapa dia melakukan semua ini, dia menjawab kerana tindakannya itu akan menarik perhatian dari seluruh dunia.

Dia juga sedar dan tahu tindakannya itu sangat radikal tetapi telah ramai orang menghubunginya terutama golongan mereka yang ingin membunuh diri.

Edward juga berkata, pelan Edward adalah untuk bercakap dengan golongan sasaran dari kubur ini supaya mereka faham dan tahu bagaimana perasaan apabila berada di dalam tanah, sekaligus memberi semula harapan kepada mereka semua.

Edward juga telah menyediakan media sosial Facebook dengan slogan #GraveChat untuk menyebarkan matlamat kempennya, selain bersiaran secara langsung dari media sosial dalam kubur itu untuk tontonan masyarakat umum. - Koleksi Viral

Sumber

No comments

Powered by Blogger.