Header Ads

Lelaki Didakwa Telah Merogol Ibu Kandung Mengaku Tidak Bersalah Dan Minta Dibicarakan


Taiping - Susulan kes seorang lelaki ditahan baru-baru ini yang dipercayai telah merogol ibu kandungnya mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan berkenaan di Mahkamah Sesyen hari ini.

Lelaki terbabit berusia 21 tahun dituduh melakukan perbuatan itu terhadap ibu kandungnya yang berusia 49 tahun pada 8 Mac lalu di rumahnya di Kampung Kurnia Jaya Tambahan, Kamunting, pada jam 7 malam.

Terdahulu, polis menerima laporan dari seorang ibu tunggal yang mempunyai lima anak telah membuat aduan bahawa dia dirogol oleh anak kandungnya sendiri.

Ekoran laporan itu, polis telah menahan lelaki tersebut seorang pekerja kilang di tempat kerjanya pada hari yang sama kes ini dilaporkan.

Baca juga: Lelaki Sanggup Merogol Ibu Kandung Sendiri Ditahan Polis

Seperti yang dilaporkan mengikut kertas pertuduhan, lelaki terbabit yang telah didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram itu, sedangkan perbuatan itu adalah tidak dibenarkan dalam Islam juga di bawah undang-undang, adat, hukum agama dan hubungan ini juga tidak dibenarkan berkahwin.

Dia yang tidak mengaku bersalah minta dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan, lapor Utusan Online.

Mahkamah kemudiannya telah mengenakan ikat jamin terhadap lelaki tersebut sebanyak RM8000 dengan seorang penjamin sehingga kes tersebut disebut semula pada tarikh 21 April pada bulan depan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.