Header Ads

Lelaki Durjana Sanggup Merogol Ibu Kandung Sendiri Ditahan Polis

Taiping - Seorang lelaki yang berusia 21 tahun dan dipercayai pekerja kilang telah ditahan polis di atas kesalahan merogol ibu kandung sendiri di rumahnya di Kamunting, di sini.

Menurut laporan dari Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, polis menerima aduan daripada mangsa iaitu ibu tunggal yang berusia 48 tahun dan memiliki lima anak.

Gambar hiasan.

Ibu tunggal berkenaan membuat aduan di balai polis bahawa dia telah dirogol oleh anak kandungnya sendiri yang berusia 21 tahun.

Setelah laporan diterima polis pada pagi Khamis, lelaki berkenaan yang berkerja sebagai buruh telah ditahan di tempat kerjanya pada tengah hari berikutnya.

Suspek yang telah ditangkap itu direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah sehingga 15 Mac bermula pada hari ini.

Menerusi siasatan dan juga ujian awal air kencing, polis mendapati lelaki tersebut negatif dadah.

Kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah lelaki yang merogol ibunya itu akan dihukum penjara maksimum selama 20 tahun dan juga sebatan. - Koleksi Viral

Sumber: Mstar, Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.