Header Ads

Lelaki India Ini Memberi Peringatan Kepada Semua Penunggang Motosikal Wanita - Nasihatnya Sangat Berguna, Jangan Tak Percaya

Peringatan dan hebahan ini khas untuk para wanita yang menunggang motosikal. Ada beberapa perkara yang harus dititikberatkan sebelum anda menaikinya sama ada berseorangan atau berdua untuk ke mana sahaja, agar tiada perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Perkara sebegini kelihatan remeh tetapi apabila berlakunya kejadian seperti yang dibimbangkan pasti meninggalkan impak yang amat besar dan mungkin menyesal seumur hidup. Semua itu belum terlambat jika kita fokus tentang keselamatan diri sebelum menunggang motosikal.

Perkongsian yang bermanfaat ini dari seorang lelaki India yang dikenali sebagai Brian Sitamurali‎, beliau ingin mengingatkan pada semua penunggang motosikal wanita agar lebih berhati-hati di masa akan datang apabila membawa motor di jalan raya.

Oleh: Brian Sitamurali

Gambar diambil ketika berhenti semalam pada jam 9 malam di hadapan kilang gula Shah Alam berdekatan lampu isyarat di atas bukit menuju ke Glenmarie.

PERINGATAN UNTUK SEMUA WANITA


Saya masih ingat nombor pendaftaran motosikalnya tapi saya tak mahu hebahkan. Bukan saya tak mahu turun untuk tegur dan menyuruh wanita itu simpan beg tangannya dalam baju jaket tetapi situasi yang tidak sesuai.

Mungkin akan jadi lain sebab saya pakai full face helmet dan saya orang India pula, malah datang dari belakang. Sekiranya dia menjerit pastinya akan berlaku sesuatu dan orang ramai akan menuduh saya cuba meragutnya. Yang saya pasti selepas memintas dia. Dia menuju ke arah Seksyen 13.

Satu saya nak ingatkan, mungkin dia merasa beg dia tiada apa dan tidak berharga tetapi tidak bagi seorang peragut. Di dalam itulah ada segalanya untuk seorang peragut.

Saya teringat kembali satu peristiwa berlaku di depan mata saya di hadapan Telekom, Jalan Meru, Klang, lebih kurang 10 hingga 12 tahun dahulu.

Seorang penunggang motosikal perempuan yang meletakkan beg tangan di dalam bakul motosikalnya. Ketika itu jam 6 petang, dua lelaki motosikal RXZ menarik beg tangan semasa wanita itu sedang dalam perjalanannya. Lalu dia jatuh tersungkur di atas jalan raya.

Empat tulang jari tangan kirinya terpacak keluar dan cedera di siku serta dagu. Dia seperti terkejut dan mengalami trauma selepas itu, malah asyik menjerit apa yang telah berlaku kepadanya sambil tangannya cepat-cepat dibalut oleh seorang makcik yang sedang berniaga menjual kuih di situ.

"TAKDE APA NAK...KAMU JATUH JER". Saya berada betul-betul di depannya. Nak kejar, motosikal Modenas kapchai jer. Memang perkara itu berlaku dengan pantas sekali. Selepas itu beberapa orang awam menghubungi ambulan.

Pada masa itu saya tak tahu apa-apa tentang First Aider seperti sekarang. Jadi saya berlalu pergi memandangkan ramai orang yang sudah berada di situ untuk membantu.

JADI PERINGATAN KEPADA SEMUA PENUNGGANG MOTOSIKAL. JANGAN AMBIL MUDAH PERKARA SEBEGINI. IA BOLEH MEMBAWA MAUT.

Saya mohon maaf jika saudari yang disebutkan ada membaca penulisan saya ini. Saya terpaksa menegur dan jadikan ini sebagai pengajaran untuk semua.

Jangan jemput masalah kalau tidak mahu berada dalam masalah.

GURU TERBAIK IALAH KESILAPAN SENDIRI, TAPI KESILAPAN ORANG LAIN JUGA BOLEH MENGAJAR KITA. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.