Header Ads

Lelaki Menderita Selama 12 Jam Apabila Cincin Logam Tersangkut Pada Alat Sulitnya Sehingga Bengkak

Georgetown - Hampir 12 jam terseksa dan menanggung kesakitan yang amat sangat dihadapi oleh seorang lelaki yang berumur 20-an apabila cincin logam yang dipercayai untuk kegunaan seks tersangkut di kemaluannya semenjak semalam, lapor Harian Metro.

Lelaki terbabit terpaksa dibawa ke hospital kerana dia tidak boleh menanggalkan cincin berkenaan walaupun telah beberapa kali mencuba dengan berbagai cara seperti menggunakan minyak, sabun dan bahan-bahan lain tetapi tiada satu pun yang berjaya untuk menanggalkan cincin yang tersangkut di alat sulitnya itu.

Bearing yang berjaya dipotong oleh pihak bomba. Foto credit: Berita Harian

Baca juga: Cincin Besi Tersangkut Di Anu, Seorang Lelaki Menderita Selama Lebih 6 Jam

Bearing yang dikatakan tersangkut di kemaluan lelaki terbabit. Foto credit: Berita Harian

Kejadian yang berlaku pada lelaki terbabit ketika jam 8 malam itu mengakibatkan kemaluannya bengkak apabila cincin itu tersekat dan tidak boleh ditanggalkan sehingga memaksa mangsa meminta bantuan.

Difahamkan, cincin logam itu digunakan kerana dipercayai mampu meningkatkan keupayaan seksual kita melakukun hubungan intim, namun sebaliknya berlaku sehingga mangsa menderita menahan kesakitan.

Menurut Komander Operasi Bomba Jalan Perak, Mohd Asrul Naim Abidin, pihak bomba telah menerima panggilan daripada pihak Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 10.50 pagi tadi kerana mereka memerlukan bantuan bomba untuk menanggalkan cinci terbabit setelah dicuba beberapa kali.

Mangsa menderita selama 12 jam sejak malam tadi, manakala pihak bomba hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk menanggalkan dan memotong cincin tersebut.

No comments

Powered by Blogger.