Header Ads

Lelaki Mengamuk Pecahkan Pintu Utama Syarikat Telekomunikasi Dan Cawangan Kerana RM 4


Sibu, Sarawak - Mengejutkan apabila seorang lelaki datang ke sebuah premis syarikat telekomunikasi di Sibu dan memecahkan pintu berkaca tanpa sebab di Medan Mall, di sini.

Dalam kejadian pada 1.45 tengah hari itu, melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan menunjukkan lelaki terbabit datang menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan terus meluru ke premis berkenaan dengan membawa sebatang kayu golf.

Ketika menghampiri pintu berkaca premis berkenaan, lelaki itu memecahkan pintu utama yang dipercayai tanpa sebab. Menurut sumber, setelah pintu pecah, suspek terus masuk dan memecahkan barangan di sekitar premis termasuk beberapa telefon bimbit yang dipamerkan untuk jualan.

Mengikut laporan dari Berita Harian, suspek yang mengamuk itu sebenarnya berkaitan dengan kredit telefon prabayarnya yang susut RM4 setiap hari dan disebabkan itulah dia tidak berpuas hati.

Suspek juga dikatakan bertindak memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan berlainan di bawah syarikat telekomunikasi yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah, berkata suspek yang berusia 30 tahun itu pada mulanya hanya bertindak memecahkan premis di Jalan Wong King Huo ketika jam 1.45 tengah hari.

Kemudiannya dia telah pergi ke sebuah pusat khidmat pelanggan di Jalan Keranji dengan tujuan memecahkan pintu utama premis berkenaan.

Lelaki yang dikatakan berkerja di pusat hiburan itu telah pun ditahan polis pada jam 5 petang tadi di sebuah lokasi iaitu di Jalan Belian.

Melalui siasatan yang dilakukan, lelaki berkenaan mengamuk hanya kerana kredit prabayarnya yang susut RM4 setiap hari dan kayu golf yang digunakan oleh suspek juga telah dirampas polis.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan jika disabitkan dengan kesalahan. - Koleksi Viral



Sumber: Sibu Update

No comments

Powered by Blogger.