Header Ads

Lelaki Temui Beruk Yang Diikat Tangannya Mencari Makanan Di Tepi Jalan Jadi Tular


Endau - Seorang lelaki telah memuat naik satu gambar dan juga rakaman video beberapa ekor binatang yang dipercayai beruk liar sedang berkeliaran di tepi jalan di sempadan Mersing dan Endau.

Melalui perkongsian lelaki terbabit di facebook miliknya, Mohd Adhwa, semasa dia dalam perjalanan untuk ke Terengganu, dia berhenti sebentar di tepi jalan kerana ternampak seekor beruk yang diikat tangannya di belakang badan.

Ekoran kejadian yang dirakamkan itu, perkongsian milikya jadi tular dan mendapat respon dari netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan sesiapa sahaja yang bertindak mengikat tangan binatang itu.


Menurut Mohd Adhwa, dia ingin menolong untuk membuka ikatan itu, namun terpaksa membatalkan niatnya apabila terlalu banyak beruk-beruk yang berada di situ dari kumpulan yang sama telah mengerumuni keretanya secara tiba-tiba.

Mohd Adhwa juga melahirkan rasa simpatinya terhadap seekor beruk yang telah diikat di tangannya dan dia berkata beruk berkenaan kelihatan sedih malah tangannya juga seperti membengkak mungkin akibat ikatan yang menyakitkan itu.

Ikatan itu pastinya dilakukan manusia dan berkemungkinan beruk berkenaan terlepas dari kurungan lalu berlari masuk ke hutan dengan tangan diikat.

Mohd Adhwa juga meminta pihak yang berkenaan agar tampil untuk mengambil tindakan yang sewajarnya memandangkan beruk tersebut seolah-olah didera. Ikatan itu juga menyukarkan bagi beruk tersebut untuk menyuap makanan malah tidak dapat bergayut di atas pokok. - Koleksi Viral

#JabatanPerhilitanMalaysia
#JabatanPerhilitanJohor

No comments

Powered by Blogger.