Header Ads

Lelaki Warga Pakistan Dibelasah Orang Ramai Akibat Menganggu Isteri Orang


Kota Bharu - Seorang lelaki warga Pakistan dibelasah orang ramai kerana dipercayai mengacau isteri orang sambil memberikan isyarat lucah jari tengah di Simpang Tiga Kedai Mulong, pagi semalam, lapor Sinar Harian.

Suspek didapati cedera kerana dipukul dan ditahan polis sebelum dia dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan di atas kecederaannya.

Mangsa yang berusia 32 tahun, seorang eksekutif pemasaran memberitahu, beliau datang ke Kedai Runcit 24 untuk membeli keperluannya.

Sewaktu mangsa sedang berurusan di kaunter pembayaran dengan suspek yang berkerja di kedai itu, suspek tanpa segan silu bertanyakan soalan lucah serta menunjukkan isyarat lucah seperti membandingkan antara diri suspek dan suami mangsa.

Mangsa dengan segera beredar menuju ke keretanya dan memaklumkan perkara tersebut kepada adiknya yang berumur 20-an. Adik mangsa tanpa berlengah lagi turun dari kereta dan memberikan amaran kepada suspek agar tidak lagi menganggu kakaknya.

Namun, suspek mengelak dan tidak mengaku sebelum berlakunya pergaduhan. Difahamkan, suspek telah mengeluarkan kayu lalu memukul adik mangsa.

Ekoran kejadian itu, adik wanita itu masih tidak berpuas hati dan datang semula kedai yang sama untuk memberikan amaran sekali lagi supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut terhadap mangsa dan juga orang kampung.

Kedatangan adik wanita itu untuk kali kedua mengakibatkan suspek marah dan segera mengeluarkan pisau yang diletakkan di bawah meja, tetapi sasaran tidak mengena kerana sempat ditepis oleh adik wanita terbabit.

Orang ramai yang melihat kejadian itu datang memberikan pertolongan kepada adik mangsa serta memukul suspek dan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut.



Lelaki warga Pakistan itu telah ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 324 kerana menyebabkan kecederaan serta hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan.

Manakala bagi Seksyen 509 kerana melakukan perkara yang mengaibkan kehormatan orang lain iaitu menunjukan isyarat lucah dengan hukuman penjara selama 5 tahun maksimum atau denda atau kedua-duanya, jika didapati bersalah dalam pertuduhan.

No comments

Powered by Blogger.