Header Ads

Mayat Yang Dipercayai Berusia 500 Tahun Ditemui Bersama Kain Sutera Masih Dalam Keadaan Baik


Beijing - Satu mayat yang dipercayai seorang pegawai kerajaan lama China yang telah dimumiakan dijumpai di dalam kubur purba oleh pekerja binaan di tengah China pada baru-baru ini.

Mayat tersebut ditemui dalam keadaan yang amat baik serta dibungkus dengan rapi menggunakan kain jenis sutera itu dikatakan berusia kira-kira 500 tahun lapor Harian Metro.

Mayat yang dipercayai milik pegawai Dinasti Ming yang bernama Gu Po yang juga cucu kepada seorang pegawai anti rasuah yang bernama Gu Zuo itu dijumpai di kawasan Taikang di wilayah Henan pada minggu yang lalu.

Memetik laporan akhbar Huanqui, pekerja yang memasang paip kumbahan di bawah tanah itu telah menjumpai batu nisan terlebih dahulu yang tertera pegawai kerajaan Dinasti Ming’ dan juga nama keluarga ‘Gu.’



Walaupun dikatakan sudah berusia lebih daripada 500 tahun, mayat terbabit GU, didapati masih dalam keadaan baik seperti rambut, tangan dan giginya kelihatan seperti biasa, malah kain sutera yang dipakainya juga masih dalam keadaan baik.

Menurut pegawai daerah Taikang, mumia berkenaan telah ditemui berdekatan dengan Maozhuang, iaitu tempat di mana kubur keluarga Gu yang lain telah dijumpai sebelum ini.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pihak turut berpendapat, penemuan mumia tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai arkeologi disebabkan tiada benda lain yang ditemui bersama mumia berkenaan di dalam kubur itu, kecuali mayat Gu.

Sumber: Harian Metro, Daily Mail

No comments

Powered by Blogger.