Header Ads

Misteri Kehilangan Seorang Lelaki Terjawab Apabila Mayatnya Ditemui Dalam Perut Ular Sawa


Mamuju, Indonesia - Misteri kehilangan seorang lelaki yang bekerja sebagai petani di sebuah ladang kelapa sawit akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam perut seekor ular sawa semalam, lapor Harian Metro.

Mangsa yang dikenali sebagai Akbar, berusia 25 tahun, dikatakan tidak pulang ke rumah selama sehari dari tempat tinggalnya di Desa Salubiro di daerah Korossa kerana pergi ke ladang kelapa sawit miliknya itu.

Difahamkan, keluarganya bimbang kerana beliau tidak pulang ke rumah semenjak petang semalam. Beberapa ahli keluarga mangsa bersama bantuan beberapa penduduk kampung melancarkan gerakan untuk mencari mangsa di ladang terbabit.

Setelah beberapa jam melakukan pencarian, mereka telah menemui seekor ular sawa yang kelihatan kekenyangan berdekatan dengan sebatang pokok kelapa sawit.

Baca juga: Seorang Lelaki Dibelit Ular Sawa Dari Paras Kaki Ke Leher Meninggal Dunia

Disebabkan merasa curiga akan keadaan ular itu, penduduk kampung mengambil keputusan untuk menangkap ular sawa berkenaan lalu membelah perutnya dengan segera.

Apabila ular itu selesai dibelah, mereka semua amat terkejut kerana mendapati mayat yang berada di dalam perut haiwan itu adalah Akbar yang dicari mereka.




Melalui keterangan salah seorang penduduk kampung, mayat Akbar berada dalam keadaan baik serta masih lengkap berpakaian iaitu berbaju dan berseluar pendek.

Mangsa dipercayai ditelan bermula dari kepala berdasarkan kedudukan mayat. Berkemungkinan, mangsa juga ditelan hidup-hidup setelah diserang oleh ular tersebut.

Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan dikebumikan di kampung tersebut setelah selesai siasatan menyeluruh.

Sumber: Harian Metro, Ade

No comments

Powered by Blogger.