Header Ads

Model Remaja Menjual Daranya Dengan Harga RM11 Juta Demi Membiayai Pengajian Dan Rumah Keluarganya


London - Seorang gadis berusia 18 tahun dari Romania memberitahu bahawa dia telah menjual daranya kepada seorang lelaki ahli perniagaan dari Hong Kong dengan harga RM11 juta (£2 juta) pada tahun lalu.

Memetik laporan Daily Mail, remaja terbabit tetap meneruskan niat untuk menjual dara biarpun ditentang dan diancam kedua ibu bapanya dengan tidak mengaku remaja berkenaan anak mereka.

Remaja berkenaan, Khefren, seorang model pakaian dalam dari Bucharest, menjelaskan bahawa lebih baik dia menjual daranya daripada memberikan secara percuma kepada teman yang kemudian ditinggalkan olehnya. Khefren juga berpendapat ramai perempuan-perempuan lain berfikiran seperti yang dia fikirkan.

Bagi urusan penjualan dara Khefren, ianya diuruskan oleh Cinderella Escorts iaitu satu laman web yang berpangkalan di Jerman dengan mengambil komisyen sebanyak 20 peratus daripada hasil jualan dara Khefren yang bernilai £2 juta tersebut.

Khefren juga berkata, berapa ramaikah yang bersedia untuk melakukan hubungan seks untuk kali pertama secara percuma sedangkan mampu memperoleh 2.3 juta euro (£2 juta)?


Khefren juga memuji pembeli daranya itu iaitu seorang ahli perniagaan dan mengatakan lelaki itu sangat mesra. Untuk pertemuan mereka pada kali pertama, dia ditemani kakitangan Cinderella Escorts yang turut menyatakan remaja cantik terbabit bertemu dengan pelanggannya di Jerman.

Menurut agensi yang bertindak menjual dara itu, lebih daripada 300 orang anak dara yang menghubungi mereka semenjak Khefren mendedahkan kepada umum dia mahu menjual daranya kepada yang berminat.

Difahamkan, ibu bapa Khefren menjadi marah dan merayu agar dia tidak meneruskan niatnya itu setelah mereka mendapat tahu tentang berita ini. Walaupun diancam bapanya, Toni, seorang anggota polis dan ibunya seorang pegawai perubatan untuk tidak mengakui Khefren anak mereka, remaja itu tetap berkeras dan meneruskan hasratnya.

No comments

Powered by Blogger.