Header Ads

Pasangan Lesbian Gadis Melayu Dicekup Berkhalwat Dengan Lelaki Warga Asing


Kuala Terengganu - Dua wanita tempatan yang mengaku mereka adalah lesbian ditangkap kerana berkhalwat bersama seorang warga asing di sebuah rumah di Jalan Kemajuan, semalam.

Serbuan yang dilakukan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada jam 12.50 tengah malam itu berjaya menangkap seorang lelaki yang berusia 21 tahun yang mengaku bekerja sebagai tukang cuci kereta.

Dia juga mendakwa baru sahaja menumpang di rumah sewa milik dua gadis tempatan yang berusia lingkungan 18 dan 20 tahun itu semenjak 3 hari lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan itu dilakukan oleh penguat kuasa syariah daerah setelah menerima maklumat dari orang ramai apabila kehadiran lelaki berkenaan ke rumah pasangan lesbian tersebut menjadi tanda tanya di kawasan berkenaan.

Setelah disiasat, lelaki itu telah mengakui baru sahaja mengenali kedua gadis tersebut melalui kawannya dan telah menumpang di rumah sewa terbabit sementara menunggu peluang kerja yang baru di kawasan itu.

Lebih mengejutkan hasil siasatan yang dibuat, dua gadis berkenaan telah mengaku keduanya merupakan pasangan lesbian.

Kesemua yang ditahan iaitu tiga orang dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Mereka juga kemudiannya telah dibebaskan dengan bon jaminan sebaik sahajaketerangan diambil sebelum hadir ke mahkamah untuk proses pendakwaan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.