Header Ads

Patung Barbie Muslimah Hijarbie Yang Menarik Dari Malaysia Mendapat Sambutan Luar Negara


Kerana minat yang amat mendalam terhadap patung Barbie, seorang suri rumah yang sangat kreatif dan berseni menciptakan satu kelainan dalam menggayakan fesyen muslimah terhadap karyanya yang kini diminati hampir seluruh dunia.

Siti Sumarni Suhaimi dari Rawang, Selangor, berusia 32 tahun menceritakan bagaimana dia bermula dengan kreativiti yang bernilai tinggi ini dan belum pernah dibuat orang.

Hijarbie Patung Comel Yang Menarik

Minat terhadap patung Barbie semenjak kecil dan menggayakan patung yang berasal dari barat itu kepada fesyen kurung dan bertudung menjadikan anak patungnya yang dikenali sebagai Hijarbie itu lebih menarik dan eksklusif.

Hijarbie yang hanya beroperasi melalui Instagram dan Facebook itu juga diminati oleh pelanggannya dari luar negara dan menurut usahawan muda ini patungnya juga terjual lebih dari 50 buah pada setiap bulan.

Berikutnya adalah antara koleksi dan hasil kerja tangan yang telah dijahit sendiri oleh Siti Sumarni.


A post shared by Mini Hijab Fashion! (@hijarbie) on
A post shared by Mini Hijab Fashion! (@hijarbie) on

Sumber: Hijarbie IG, Malay Mail Online, Hijarbie FB

No comments

Powered by Blogger.