Header Ads

Penduduk Ketakutan Apabila Objek Seperti Dementor Terapung Di Ruang Udara Di Zambia


Kitwe - Sebahagian penduduk bertempiaran lari kerana ketakutan apabila penampakan satu bentuk lembaga yang menyerupai manusia jelas kelihatan muncul di langit di Zambia.

Bentuk berkenaan yang dipercayai menyerupai watak Dementor yang dilakonkan di dalam filem Harry Potter dapat dilihat dengan jelas serta dirakamkan oleh orang ramai di sekitar ruang angkasa di Mukuba Mall di Kitwe, lapor Daily Mail.


Gambar itu jadi viral di medial sosial yang dimuat naik oleh seseorang telah menunjukkan satu bentuk yang dilengkapi dengan kepala dan menyerupai seorang manusia. Ianya dikatakan terapung-apung di langit dan dikatakan berukuran lebih daripada 100 meter panjang.

Bentuk hitam itu juga dikatakan telah terbentuk dengan sendirinya dengan hasil cantuman beberapa bahan di udara.

Menurut penduduk yang menyaksikan kejadian berkenaan, mereka merasa terkejut apabila imej berkenaan berbentuk manusia dan kelihatan terapung di ruang udara di kawasan itu.

Ada di antara mereka mengatakan semua itu adalah peringatan kepada manusia daripada Tuhan. Ramai yang melarikan diri dari kawasan berkenaan dan ada juga yang sempat berdoa untuk kebaikan.

Ia terawang-awang diudara lebih setengah jam. Sebahagian penduduk yang menyaksikannya yakin ia peringatan daripada tuhan.


Difahamkan, objek berkenaan sebenarnya adalah berpunca dari layang-layang dan gambar berkenaan diambil sebelum disunting semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - Koleksi Viral

Sumber: Dailymail, Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.