Header Ads

Pengakuan Janda Anak Dua Baru Sahaja Mengadakan Hubungan Seks Sebelum Biliknya Diserbu


KUALA TERENGGANU - Pengakuan seorang janda beranak dua amat mengejutkan ramai apabila dia memberitahu dia menempah bilik hotel hanya kerana ingin mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki warga asing yang telah ditahan bersamanya, lapor Sinar Harian.

Melalui serbuan yang telah dilakukan oleh penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Selasa lalu di sebuah hotel di bandar ini dalam kira-kira jam 1.20 petang itu, seorang wanita berusia 38 tahun yang dipercayai janda yang mempunyai 2 anak telah ditahan bersama seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun.

Wanita itu juga mengaku telah mengenali lelaki terbabit selama enam bulan dan menyatakan mereka berkerja di tempat yang sama.

Setelah siasatan dilakukan, wanita berkenaan mengatakan dia datang dari Ajil, Hulu Terengganu ke bandar raya ini dengan kekasihnya dan rakan sekerjanya yang lain juga menemani beliau ke sini, jelas Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim.

Difahamkan, setelah dia bersama rakan sekerjanya selesai makan dan minum, kekasihnya itu telah mengajak beliau untuk menginap di hotel terbabit.

Dia juga membuat pengakuan hasratnya yang sebenar datang ke hotel tersebut adalah semata-mata untuk mengadakan hubungan seks bersama kekasihnya memandangkan dia telah pun bercerai dengan suaminya semenjak 5 tahun yang lalu.

Hasil siasatan melalui serbuan yang dilakukan oleh penguatkuasa syariah daerah itu, wanita terbabit mengaku baru sahaja mengadakan hubungan bersama lelaki warga asing itu sebelum biliknya diserbu.

Ekoran kejadian itu kedua pasangan itu telah dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut berdasarkan Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.