Header Ads

Pengambilan 5 Makanan Ini Terbukti Berkesan Mampu Tingkatkan Kadar Hormon Testosteron


Wanita dan lelaki mempunyai hormon-hormon yang berbeza. Hormon yang dimiliki oleh wanita dipanggil hormon esterogen manakala hormon kepunyaan lelaki disebut sebagai hormon testosteron. Hormon-hormon ini hanya akan berfungsi apabila wanita dan lelaki telah mencapai tahap akil baligh atau semasa di alam remaja.

Kedua hormon berkenaan masing-masing mempunyai kelebihan dan juga semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia seseorang itu. Fungsi hormon testosteron juga membantu dan mendorong seseorang lelaki itu untuk berkeinginan hubungan seksual bersama pasangan.

Semakin berumur seseorang lelaki itu, semakin berkurangnya hormon tersebut dan juga jika seseorang itu mempunyai penyakit kronik. Namun, berbagai cara untuk meningkatkan hormon testosteron pada masa kini selain dari ubat-ubatan iaitu pemakanan kita.

Menjaga kesihatan diri adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan kadar hormon kerana penjagaan kesihatan sangat membantu untuk kesihatan otot badan, kualiti air mani atau sperma, rambut dan juga tulang.

Pengambilan makanan-makanan berikut dikatakan amat baik untuk peningkatan hormon testosteron.

Cara Meningkatkan Hormon Testosteron


1. Kuning Telur

Kuning telur mengandungi vitamin D dan protein, ianya sangat membantu untuk meningkat kadar testosteron. Pengambilan makanan ini ketika sarapan pagi adalah yang terbaik dan untuk mengatasi sebarang kesan sampingan dari kuning telur ini, disarankan menggunakan kuning telur ayam kampung yang dikatakan lebih sesuai dan berkualiti.

Anda dinasihatkan mengambil kuning telur ketika kadar kolestrol anda tidak tinggi. Salah satu sebab rendahnya kadar testosteron di dalam badan berpunca dari kadar kolestrol yang tinggi.


2. Kerang atau Tiram

Sekiranya anda tidak ada alahan dengan makanan laut, kerang atau pun tiram adalah makanan terpenting untuk anda tingkatkan kadar testosteron. Kedua jenis makanan laut ini dipercayai mengandungi seng yang amat tinggi. Seng adalah mineral yang dapat membantu tubuh badan mendapatkan testoteron.

Dua jenis makanan ini juga dikatakan dapat membantu peningkatan libido yang amat baik untuk atasi masalah libido rendah disebabkan kadar testosteron yang menurun.


3. Ikan Tuna

Ikan ini sangat kaya dengan vitamin D dan juga mengandungi kandungan protein yang teramat penting untuk menjaga kesihatan jantung yang lebih baik dan sihat. Peluang peningkatan kadar testosteron menjadi dengan lebih cepat apabila anda mengambil ikan tuna.

Ikan salmon dan juga sardin yang amat kaya dengan Omega 3 boleh juga diambil secara rutin bersama ikan tuna. Tetapi, jika mengambil semua jenis ikan ini, pastikan anda tidak memakan sumber makanan lain yang mempunyai lemak tepu.


4. Kacang Polong

Sekiranya anda mengalami masalah kadar testosteron yang sangat rendah, anda disarankan mengambil kacang polong ini dengan lebih kerap atau selalu. Kacang polong ini adalah yang paling terpenting untuk peningkatan hormon kerana ia mampu membantu tubuh badan untuk mendapatkan vitamin D dan zink.

Kedua-dua nutrisi ini amat penting untuk menurunkan kadar kolestrol dan juga mampu mengawal jumlah testosteron. Makanan ini juga dikatakan amat baik untuk penjagaan kesihatan jantung dan menjadikan badan anda lebih sihat dan kuat. - Koleksi Viral

Sumber: Dr Pakar Rochelle Kulit

No comments

Powered by Blogger.