Header Ads

Proses Imbasan Wajah Untuk Menghentikan Kegiatan Mencuri Kertas Tisu Percuma


Beijing - Kerana kerap kali tisu yang berada di dalam tandas awam dicuri orang ramai, pihak berkuasa bandar raya ini telah menggunakan satu teknologi pengecaman muka di tandas bandar ini untuk menghentikan kegiatan kecurian tisu tandas.

Pengguna diminta berdiri di hadapan mesin pintar yang telah dilengkapi kamera yang berteknologi tinggi untuk dibuat pengecaman wajah mereka di satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong dikenali Temple of Heave, lapor Huanqiu.

Pengguna diwajibkan mengambil sekeping tisu sahaja yang berukuran 60 kali 7 sentimeter tidak lebih daripada satu. Sekiranya pengguna memerlukan lebih lagi, sembilan minit adalah jangka masa yang seterusnya perlu ditunggu untuk mendapatkan kertas tisu yang berikutnya.


Pengguna juga diminta menanggalkan segala macam benda yang menutupi wajah mereka untuk proses pengecaman wajah seperti cermin mata dan topi. Setelah wajah mereka dicam, sekeping kertas tisu akan keluar secara automatik. Sekiranya didapati wajah yang sama dalam jangka masa pendek, mesin itu tidak akan mengeluarkan tisu.

Enam mesin dipasang di tandas di kawasan itu bagi menyekat pengunjung mencuri tisu untuk digunakan di rumah.

Berita berkaitan dengan mesin pintar yang dikhaskan di beberapa tandas awam ini menjadi topik hangat di media sosial di negara itu. Ada yang tidak berpuas hati dan meminta agar pemberian tisu percuma ini dihentikan serta merta. - Koleksi Viral

Sumber: Harian Metro, Daily Mail

No comments

Powered by Blogger.