Header Ads

Rakaman Lelaki Beronani Dan Pancut Ke Belakang Wanita Dapat Dilihat Melalui CCTV Lif Pangsapuri

Seorang lelaki melakukan perbuatan kelucahan yang melampau apabila beronani di dalam lif di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian yang berlaku pada 16 Mac, jam 7.50 pagi itu, lelaki terbabit telah melakukan perbuatan itu dengan melepaskan air maninya sehinggakan terkena ke belakang seorang wanita yang dikenali sebagai Nor Azura.

Baca juga: Lelaki Ditahan Polis Kerana Video Simbah Sperma Ke Baju Wanita Di Pasar Raya

Gambar Sekadar Hiasan
Menurut laporan Sinar Harian, ketika kejadian mangsa memasuki ke dalam lif tanpa mengesyaki apa-apa berlaku pada pagi itu. Namun, tidak lama selepas itu dia mendapati ada cecair yang melekit di belakangnya.

Kerana ingin tahu apakah jenis cecair yang melekat pada belakangnya itu, dia menyentuh dan mencium cecair tersebut. Setelah itu dia menyedari cecair itu adalah air mani lelaki terbabit.

Akibat marah dengan perbuatan lelaki berkenaan yang tidak sepatutnya dilakukan, mangsa membuat laporan polis dengan segera.

Polis dengan segera membuat siasatan. Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) di pangsapuri itu, polis telah berjaya mengesan suspek melalui nombor pendaftaran sebuah van yang dipercayai milik suspek.

Polis akhirnya berjaya mengesan suspek dan lelaki itu dikenali sebagai Mohamad Syahrul Azizi Shah Fri yang berusia 28 tahun. Suspek dipercayai tinggal di sebuah flat di Bandar Tasik Selatan.

Suspek juga telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di atas tuduhan melakukan kelucahan yang melampau terhadap seorang wanita. Namun, suspek tidak mengaku bersalah.

Lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan hukuman penjara maksimum dua tahun jika didapati bersalah.

Mahkamah juga membenarkan suspek diikat jamin sebanyak RM2,500 berserta seorang penjamin dan  mangsa dilarang mendekati mangsa. Perbicaraan akan dilakukan pada 14 April ini untuk sebutan semula kes. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.