Header Ads

Rakaman Lelaki Tanpa Segan Silu Mandi Bogel Di Air Kolam Pancut Di Dataran Seremban Tanpa Peduli Orang Ramai


Satu rakaman video menunjukkan aksi seorang lelaki tanpa segan silu mandi dalam keadaan bogel di satu kolam air pancut jadi tular di media sosial semenjak semalam.

Lelaki itu berjaya menarik perhatian orang ramai apabila dengan aksi bersahajanya berbuat demikian seolah-olah tidak mempedulikan orang ramai yang sedang melihatnya mandi tanpa berpakaian itu.

Difahamkan, lokasi di mana lelaki itu mandi adalah di tempat orang ramai iaitu di Dataran Seremban, Negeri Sembilan.

Sehingga kini, video rakaman lelaki terbabit menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen menyoalkan mengapa lelaki tersebut bertindak demikian dan ada yang menyifatkan berkemungkinan lelaki itu tidak waras atau mempunyai masalah mental. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.