Header Ads

Rakaman Tikus Berada Dalam Pasar Raya Jadi Tular, Netizen Berang Kenapa Kejadian Seperti Ini Berlaku


Tikus adalah antara haiwan perosak yang amat dibenci oleh ramai orang. Apatah lagi jika pekedai atau peniaga yang menjual makanan kepada orang ramai dan premis mereka mempunyai tikus, pastinya pelanggan tidak menyukai kedai tersebut.

Itulah yang terjadi baru-baru ini apabila satu rakaman video yang tular di media sosial seekor tikus kelihatan sedang tidur di atas rak minuman di sebuah pasar raya yang terkenal di ibu kota.

Katanya tikus tersebut lebih besar daripada kotak minuman. Berikutan video terbabit yang disebarkan, orang ramai mempertikaikan tahap kebersihan pasar raya berkenaan, kerana sebagai sebuah pasar raya yang sentiasa menjadi pilihan semua orang, mengapa kes seperti ini berlaku, kata seorang pengguna facebook.

Pasar raya tersebut sangat dekat dengan kediaman saya tetapi disebabkan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini, saya terpaksa pergi ke pasar raya lain untuk mendapatkan bekalan.

Keadaan kawasan pasar raya ini sangat busuk, saya telah lama tidak pergi ke pasar raya itu. Kepada Anda semua, elakkan pergi ke pasar raya ini, kata seorang netizen.

Tetapi, di sebalik kemarahan orang ramai berkaitan dengan rakaman ini, ada beberapa netizen yang menganggap rakaman ini sangat melucukan dan menyatakan harga tikus tersebut dijual dengan harga RM6.99. harga yang berpatutan, katanya.

Hingga ke waktu ini, masih lagi tiada penjelasan lanjut yang dikemukakan oleh pihak pasar raya terbabit.

Pasar raya ini adalah salah satu pasar raya yang sangat terkenal di seluruh Malaysia, sebagai pasar raya yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, tidak sepatutnya perkara seperti ini berlaku.

Pihak syarikat sepatutnya memantau kejadian ini agar tidak mengundang berbagai risiko seperti penyakit kencing tikus yang amat digeruni oleh semua orang.

No comments

Powered by Blogger.