Header Ads

Rakaman Video CCTV Dua Wanita Melayu Campak Barang Sihir Sambil Jampi Depan Sebuah Kedai


Seberang Jaya, Pulau Pinang - Sungguh memalukan apabila melalui rakaman kitar tertutup (CCTV) jelas menunjukkan dua wanita Melayu sedang membaling sesuatu yang dipercayai barangan sihir ke arah sebuah kedai di Bandar Sunway.

Dua wanita berkenaan yang mempunyai niat jahat dan dengki terhadap pemilik kedai terbabit telah meletakkan sesuatu barang di hadapan kedai itu dengan tujuan sihir.

Sanggupnya peniaga Melayu berbuat demikian sesama sendiri dan hal ini menjadi tanda tanya pemilik kedai terbabit kenapa mereka bertindak demikian sedang mangsa tidak menganggu peniaga berhampiran.

Mungkin inilah sikap sebilangan peniaga Melayu yang tidak suka melihat peniaga Melayu yang lain lebih berjaya sehingga timbul rasa iri hati dan hasad dengki di dalam dada sehingga sanggup bertindak sedemikian.

Dalam rakaman yang berdurasi 1.39 minit itu kelihatan dua wanita bertudung membawa sesuatu yang dijampi lalu dicampakkan ke depan kedai tersebut. Malah, salah seorang daripada mereka dengan sombongnya berjalan lenggang lenggok sambil membuang barang sihir.

Tujuan mereka pastinya dengan niat untuk memusnahkan dan menjatuhkan perniagaan mangsa. Difahamkan, kes ini masih di dalam siasatan.

Amat menyedihkan di zaman sekarang masih lagi ada yang memilih jalan yang salah demi memenuhi kehendak hawa nafsu tanpa memikirkan dosa dan pahala. - Koleksi Viral

Artikel berkaitan:
Jika anda ingin memulangkan sihir yang dihantar kepada anda, anda boleh mengamalkan Yasin 7 Mubin Pulangkan Sihir.

No comments

Powered by Blogger.