Header Ads

Remaja Pandu Lawan Arus Seorang OKU, JKM Dan Polis Telah Sahkan


Petaling Jaya - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis telah mengesahkan wanita kontroversi yang memandu melawan arus yang mengakibatkan kematian seorang lelaki dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan adalah orang kelainan upaya (OKU), lapor laman Free Malaysia Today.

Kad OKU remaja berkenaan telah disahkan oleh seorang pegawai dari JKM Pulau Pinang yang dikatakan adalah asli dan juga telah keluarkan pada tahun 2011 untuk wanita berkenaan.

“Doktor mencadangkan dia menyertai program pendidikan khas ketika dia memasuki tingkatan 1,” kata pegawai JKM terbabi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Ab Hamid turut mengesahkan yang pemandu wanita yang berusia 19 tahun itu mempunyai kad OKU.

Artikel berkaitan: Sekarang Barulah Saya Tahu Kenapa Dia Suruh Saya Urus Semuanya Sendiri

Laporan dari China Press, seorang mangsa yang turut cedera dalam kemalangan maut itu mendakwa ibu suspek ada memaklumkan yang anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis ketika hari kejadian.

Walau bagaimanapun, semasa kemalangan itu berlaku, kereta Gen-2 yang dipandu remaja yang dikatakan seorang model itu tidak mempunyai pelekat OKU yang sepatutnya dipaparkan di cermin kereta.

Terdahulu, heboh di media sosial kad OKU yang menmyerupai pemandu wanita terbabit telah tersebar dengan meluas yang turut menyatakan wanita berkenaan mempunyai masalah pembelajaran.

Mahkamah Majistret telah membenarkan pihak polis untuk mereman remaja terbabit selama empat hari sehingga hari Sabtu ini bagi menyiasat kes ini yang dikatakan dia telah memandu dalam keadaan mabuk iaitu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana menyalahgunakan dadah.

No comments

Powered by Blogger.