Header Ads

SAH Filem Beauty & The Beast Akan Ditayangkan Di Seluruh Negara 30 Mac Tanpa Pemotongan Adegan Gay


Kuala Lumpur - Akhirnya filem kontroversi Beauty and The Beast katanya akan ditayangkan juga tanpa potongan sebarang adegan pada tarikh 30 Mac ini mengikut pengumuman yang laporkan oleh pihak Golden Screen Cinema menerusi Facebook rasmi GSCinemas.

Memetik laporan dari laman Free Malaysia Today, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed bertegas menyatakan kerajaan tetap dengan pendirian dengan tidak membenarkan penayangan filem itu sekiranya Disney tidak memenuhi permintaan Lembaga Penapisan Filem untuk membuat pemotongan sebahagian kecil filem itu yang mengaitkan dengan adegan gay.

Datuk Nur Jazlan juga menegaskan bahawa negara kita, Malaysia mempunyai undang-undang dan budaya yang harus dihormati oleh pihak Disney.


Filem adaptasi klasik Disney itu sebelum ini sepatutnya telah ditayangkan di pawagam-pawagam Malaysia pada 16 Mac lalu, namun telah ditangguhkan selepas pihak berkuasa mengeluarkan adegan gay dalam filem itu.

Pihak Disney juga menegaskan bahawa mereka tidak akan membenarkan tayangan filem versi yang telah ditapis dan membuat rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk membuat kajian semula berkaitan pemotongan adegan gay di dalam filem tersebut.

Mengikut undang-undang di Malaysia, jenayah liwat atau homoseksual boleh dihukum penjara, denda dan juga sebatan. Adalah menjadi satu kesalahan jika didapati bersalah dan terlibat dalam kes sebegini. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.