Header Ads

Sampai Hati Anak Hingga Sanggup Buat Seperti Ini Kepada Ayah, Tergamaknya Kamu Perlakukan Begini


Segamat, Johor - Media sosial dikejutkan dengan penemuan seorang warga emas yang ditinggalkan anaknya di dalam ladang kelapa sawit, Bera Selatan 4, semalam.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Rizki Kentong telah memuat naik beberapa gambar seorang warga emas yang dikatakan diperlakukan sedemikian rupa oleh anaknya.


Difahamkan, warga emas tersebut Mohamed bin Mohamed Jali, telah ditemui oleh seorang individu yang berkerja di ladang berkenaan dan membawa warga emas itu ke pejabat Ladang Bera Selatan 4.

Sewaktu warga emas itu ditemui, menurut sumber dia dalam keadaan kelaparan kerana belum makan sejak dari pagi sebelum ditinggalkan.

Menurut sumber lagi, warga emas itu memberitahu bahawa anak-anaknya tahu tentang keadaan ayahnya tetapi masing-masing tidak mahu mengambil tahu.


Lelaki yang menemui warga emas itu juga berkata dia telah berjaya menghubungi anak warga emas tersebut untuk mengambil ayahnya semula. Namun, jawapan yang diberikan anaknya sungguh mengecewakan sehinggakan menjadi tanda tanya mengapa diperlakukan begitu kepada ayahnya.

Tindakan anaknya itu mendapat reaksi netizen dan rata-rata diantara mereka telah memaki dan mengutuk perbuatan anak warga emas itu kerana tidak mahu mempedulikan ayahnya.


Walau apa pun masalah antara anak dan ayah, seorang anak tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap ayahnya. Mungkin anak itu lupa bahawa kerana ayah inilah dia mampu melihat dunia ini. Sekiranya ayahnya ada membuat salah, maafkanlah dan lebih elok dibawa berbincang. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.