Header Ads

Selepas Melihat Eksperimen Sains Ini Anda Pasti Berfikir Dua Kali Untuk Minum Coke


Minuman Coca Cola biasa dan Coke Zero yang mana lebih baik untuk anda? Coke biasa atau Coke Zero? Coke Zero dikatakan tiada kalori. Bagi yang mementingkan kesihatan pastinya akan memilih Coke Zero kerana ketiadaan kalori.

Satu eksperimen telah dilakukan oleh laman Home Science melalui YouTube yang telah dirakamkan bagaimana mereka membuat perbandingan kandungan jumlah gula yang terdapat di dalam kedua jenis Coke yang bersaiz sama.

Mereka memasak kedua minuman popular itu untuk melihat kandungan gula yang tinggal selepas dididihkan di atas api.

Ujian pertama dilakukan kepada Coke biasa yang sering kita minum. Amat mengejutkan setelah dimasak dan air telah kering, kelihatan jumlah gula yang pekat dengan banyak dan menakutkan.

Coke biasa direbus untuk melihat kandungan gula di dalamnya. - (Photo: YouTube/maricv84)

Ujian kedua seterusnya dilakukan terhadap Coke Zero, setelah direbus dan air hampir kering, gula berkaramel berkaramel saja kelihatan dan kandungan gula sebenarnya boleh dikatakan tiada langsung.

Coke Zero dimasak untuk melihat apa terjadi apabila air kering. - (Photo: YouTube/maricv84)

Coke Zero selepas air kekeringan - (Photo: YouTube/maricv84)

Kepada peminat minuman Coke Zero pasti berpuas hati dan boleh meminumnya tanpa was-was kerana kandungan gula sememangnya kosong di dalam Coke Zero.

Dalam setin Coca Cola yang bersaiz 330ML mengandungi 35 gram gula bersamaan dengan tujuh sudu teh gula. - Koleksi Viral

Sumber: Mirror.co.uk, Home Science, YouTube Maricv84

No comments

Powered by Blogger.