Header Ads

Setiap Bulan Bayar PTPTN, Ingatkan Sudah Habis Bayar Hutang, Rupanya Masih Ada Jumlah Yang Tersembunyi Sampai Kena Blacklist


PTPTN, mungkin ramai yang menghadapi masalah seperti ini dan tidak mahu berkongsi bagi menyelesaikan permasalahan ini dengan orang ramai. Mungkin malu atau mereka mempunyai alasan mereka tersendiri.

Satu kes yang dihadapi oleh wanita ini mungkin akan membantu anda untuk tidak berdepan dengan masalah seperti ini di masa akan datang.

Ketika wanita ini ingin terbang ke luar negara barulah beliau tahu bahawa dia mempunyai tunggakan yang tersembunyi tanpa beliau tahu selama ini. Jom baca dan fahamkan!

Oleh: Fatheem Meleana

PTPTN, You really make me pissed off!

Tiba-tiba dapat email ini, pelik. Sedangkan aku tak pernah missed bayar PTPTN, dan loan masa aku foundation dah lama aku selesaikan, cuma loan degree yang aku masih disiplin bayar setiap bulan tanpa gagal membayar sehingga sekarang, dan mungkin sampai umur aku 40 tahun, kalau ikut kontrak. Mana datangnya RM9,484.74 ini?

Ini jawapan yang aku dapat daripada adik call-centre.

Aku: Bla bla bla (bg details aku)

Dia: Baik puan, ada apa saya boleh bantu?

Aku: Saya dapat email yang nyatakan saya masih ada tertunggak RM9k. Saya cuma nak pastikan, dari mana jumlah ini? Sebab kalau ikut statement saya, saya tak pernah gagal bayar sejak 2010, dan statement saya ini hanya tunjuk yang Ujrah saja, yang sebelum-sebelum ini masa konvensional saya tak boleh tengok dah. Kalau ikut statement ini, saya tak pernah missed bayar setiap bulan sampai hari ini.

Dia: Kalau ikut rekod puan, jumlah tertunggak ini sejak tahun 2007 (ini selepas grad). Jadi bayaran tertunggak ini diambil daripada pinjaman degree puan yang tak diselesaikan.

Aku: 2007? Yer saya ada on off bayar sebab saya pernah menganggur dan bila dah kerja saya bayar on off dengan membayar mengikut kemampuan memandangkan gaji saya kecil masa itu. Saya mula disiplin bayar bila masuk tahun 2008, sampai saya dapat tawaran tukar ke pelan Ujrah.

Selepas itu, saya teruskan bayar setiap bulan, mengikut baki semasa yang saya terima di dalam statement. Jadi saya sentiasa update dengan figure dalam statement saya setiap bulan. Tiba-tiba saya dapat email ini.

Dia: Maaf puan, tunggakan ini amaun sebelum tukar ke pelan ujrah. Jumlah tunggakan ini tidak dikemaskinikan sekali dalam statement puan selepas ditukar ke ujrah. Jadi jumlah tunggakan ini terbiar macam itu sahaja.

Aku: Macam mana boleh jadi seperti itu? Kenapa PTPTN tidak memberitahu saya awal-awal semasa saya mendapat tawaran ujrah, dan ini lah amaun yang saya kena selesaikan. Kenapa sekarang? Kenapa selepas 7 tahun? Kenapa 2 tahun sebelum itu saya tidak mendapat amaran?

Dia: Maaf puan, saya tak dapat bantu yang itu. Kalau puan ingin lihat pengiraan yang lebih jelas, puan perlu pergi ke kaunter dan puan boleh tengok secara terperincin bagaimana tunggakan itu boleh mejadi RM9 ribu.

Kepala aku sudah mula panas, degupan jantung semakin laju.

Ada lagi penerangan dari operator terbabit yang lebih kurang sama dan tidak perlu aku kongsikan. Yang pasti, aku tertekan dengan PTPTN. Kenapa sekarang baru nak bertindak? 9 tahun aku ada bayaran tertunggak yang telah dikenakan interest, yang mati-mati aku ingat dah diselaras sekali dalam pelan Ujrah. Kenapa tak diberitahu dulu lagi? Why now?

Tunggakan aku terperap untuk 9 tahun, tiada sebarang warning, tiada sebarang surat menyurat aku terima mengatakan aku perlu buat settlement. Dari ammaun yang kecil, sampai 9 tahun, tunggakan aku jadi RM9 ribu. Dan senang cerita, aku baru dapat email ini hari ini, dan aku cek, Yer, aku dah kena blacklist. Terima kasih PTPTN!

Jalan penyelesaian yang PTPTN berikan pada aku, kalau nak fight, kena naik court. Tapi kalau aku insists nak clear daripada blacklist, nak tak nak, aku kena bayar amaun penuh RM9 ribu itu sebelum aku terbang.

Yer, aku dah nak fly next week. Why now, PTPTN? Adakah kau nampak rekod aku bayar secara konsisten, baru sekarang kau mencari dan menganiaya aku? RM9 ribu? Aku tak tahulah celah mana nak cari duit sebanyak itu dalam masa seminggu ini. (Tongkat dagu)

Buat teman-teman yang masih ada hutang dengan PTPTN, pergilah check dan clarify, Mungkin korang pun ada amaun yang tersembunyi yang PTPTN tak beritahu yang mungkin mereka ingin biarkan sampai mejadi amaun yang besar.

Dapatkan diskaun untuk bayaran balik. Foto kredit: PTPTN

Sumber: The Reporter

No comments

Powered by Blogger.