Header Ads

Singkatan Nasi Lemak Gay Adalah Gerai Adi Yusof Yang Telah Gulung Tikar Tidak Lagi Beroperasi?


Petaling Jaya - Tular nasi lemak gay masih diperkatakan di media sosial dengan rata-rata netizen mempersoalkan mengapa pemilik perniagaan terbabit menggunakan nama sedemikian.

Memetik laporan akhbar Mstar Online, pemilik gerai berkenaan berhadapan dengan kecaman semenjak hari pertama beliau menggunakan nama itu untuk mempromosikan perniagaan nasi lemaknya.

Terkini, perniagaan tersebut juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu setelah dia menerima berbagai kecaman dan reaksi dari orang ramai nama membabitkan gerainya.

Pemilik perniagaan terbabit, Adi Yusuf, 33, menjelaskan kuasa media sosial sungguh menakutkan dan dia tidak pernah menyangka penggunaan nama Nasi Lemak Gay itu telah mencetuskan kekecohan dalam sekelip mata sehingga tular satu Malaysia.

Menurut Adi, dia telah berniaga di kawasan itu semenjak akhir Januari lalu dan baru saja meletakkan 'banner' yang tertera Nasi Lemak Gay pada hari Selasa lalu.

Adi juga berkata, dia mengambil keputusan untuk menghentikan sementara perniagaannya memandangkan telah menerima banyak kecaman dan dia menunggu keadaan akan pulih seperti sediakala sebelum berniaga semula.

Adi turut berkata, nama Nasi Lemak Gay adalah singkatan daripada nama gerainya sendiri iaitu Gerai Adi Yusof bukannya bermaksud lelaki gay atau homoseksual seperti yang dihebohkan.

Dia juga tidak menyangka masyarakat terus menghinanya dan menjatuhkan hukum kepadanya tanpa usul periksa, katanya yang tidak terfikir nama itu akan mengundang berbagai reaksi.

Nasi Lemak Gay beroperasi pada setiap pagi di kawasan Taman Segar, Cheras dengan penjualan beberapa menu sarapan pagi seperti mi goreng, bihun goreng dan huga berbagai jenis kuih selain daripada nasi lemak biasa dengan harga RM2, nasi lemak kerang RM4 dan nasi lemak berlaukkan ayam berharga RM5.

Sumber: Mstar Online

No comments

Powered by Blogger.