Header Ads

Suami Isteri Ditemui Maut Akibat Disambar Petir Ketika Beriadah


Puchong - Sungguh menyedihkan ketika sedang beriadah di taman permainan di Jalan Kenari 10, Bandar Puchong Jaya, pasangan suami isteri ditemui maut kerana disambar petir, petang tadi, lapor Harian Metro.

Kedua-dua mangsa ketika kejadian itu berlaku dalam jam 6 petang, dikatakan sedang beriadah di kawasan taman permainan tersebut dan secara tiba-tiba di sambar petir.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Superintenden Lee Wai Leong, akibat kejadian itu, kedua-duanya yang masing-masing berusia 57 dan 59 tahun dijumpai dalam keadaan tertiarap oleh orang awam yang ada di kawasan berkenaan.

Salah seorang daripada mangsa telah mengalami pendarahan di bahagian kepala dan keduanya telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang pergi ke lokasi kejadian.

Setelah siasatan dibuat polis mendapati kedua-dua mangsa maut akibat disambar petir, jelasnya lagi. - Koleksi Viral

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.