Header Ads

Suami Temui Isteri Berbogel Dengan Lelaki Lain Di Sebuah Hotel Ketika Serbuan Dilakukan Penguatkuasa

KUALA TERENGGANU — Kerana curiga dengan tingkah laku isterinya, seorang lelaki membuat intipan dan berjaya menangkap isterinya yang curang bersama teman lelakinya di sebuah hotel di Kuala Nerus, dalam keadaan berbogel, lapor Malay Mail Online.

Gambar Sekadar Hiasan
Lelaki yang berusia 30-an itu merasa curiga apabila dengan kerap boleh dikatakan hampir setiap hari isterinya memberi alasan mempunyai urusan perniagaan bersama teman lelakinya itu.

Dia merasa lebih curiga apabila isterinya dipercayai sering melawan dan mengamuk apabila ditanya dan menghalangnya keluar dari rumah, ujar pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Lelaki terbabit telah mengekori isterinya yang menaiki kereta teman lelakinya sebelum beliau melihat isteriya itu telah memasuki ke sebuah hotel bersama dengan lelaki berkenaan.

Disebabkan bimbang dengan keselamatan dirinya walaupun berasa amat kecewa di atas apa yang telah dilakukan isterinya itu, dia tidak bertindak sendirian lalu menghubungi penguatkuasa untuk membuat serbuan.

Pasangan terbabit telah diserbu oleh penguatkuasa JHEAT dan mendapati mereka sedang berbogel ketika serbuan dilakukan.

Kes disiasat bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu kerana cubaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Baca juga: Pengakuan Janda Anak Dua Baru Sahaja Mengadakan Hubungan Seks Sebelum Biliknya Diserbu

No comments

Powered by Blogger.